Manifesto-”Kebajikan pelajar, pemacu kecemerlangan”
October 18th, 2008 by naziraAntara isu yang akan di perjuangkan jika saya terpilih menjadi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP),insyaAllah:
1) Meningkatkan ciri keselamatan di taman bernam dengan menyediakan bas kitaran yang lebih sistematik.
2) Meningkatkan keselamatan di tempat letak kenderaan dengan CCTV.
3)Â Membentang laporan belanjawan MPP yang bakal di bentuk kelak.
Nazira binti Jiat, Calon Kawasan Umum anda, “Kebajikan pelajar, pemacu kecemerlangan”Di Hadapan SITC
October 17th, 2008 by naziraSekitar Rapat Umum Di Kolej Harun Aminurrashid 16/10/08
October 17th, 2008 by naziraCalon Kawasan Umum-Nazira Binti Jiat
October 17th, 2008 by nazira“Kebajikan Mahasiswa, Pemacu Kecemerlangan”
Nama: Nazira Binti Jiat
Umur: 22
Negeri: Johor
Kursus: Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
Tahun : 3
semester: 5
Penglibatan:
1) Urusetia Majlis Tilawah Al-Quran dan jemputan
2) Unit cerderhati Gema Hadhari Sempena Konvo 07
3) Rakan exco Kebajikan Kolej Aminuddin Baki
4) Rakan exco Kebajikan Persatuan Pendidikan Islam
PERUTUSAN CALON UMUM SEMPENA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPSI
October 17th, 2008 by nazira
Bismillahirrahmanirrahim
Kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi atas kesempatan dan ruang yang diberikan. Saya Nazira Binti Jiat, calon umum bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar sesi 08/09 ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon yang layak untuk bertanding. Semoga pertandingan kali ini dapat berlangsung dengan lancar dan penuh keadilan.
Kebajikan mahasiswa pemacu kecemerlangan, begitulah moto yang ditonjolkan pada pemilihan MPP kali ini. Kita sedia maklum, kebajikan merupakan aspek yang sangat penting kepada semua mahasiswa/i. Sekiranya kebajikan mahasisw/i dijaga dengan baik, maka sudah pasti mahasiswa/i dapat menjalani susana pembelajaran yang efektif. Justeru, saya menjadikan kebajikan sebagai perkara penting yang ingin saya perjuangkan dibumi UPSI ini.
Rakan-rakan sekalian,
Sesungguhnya memilih seorang pemimpin bukanlah suatu perkara yang remeh. Pemimpin itu memikul tanggungjawab besar dan dialah yang akan mewakili suara mahasiswa/i. Faktor kepimpinan bukanlah terletak pada petahnya bicara, bukannya terletak pada tingginya pointer, juga bukan terletak pada indahnya rupa paras, tapi kepimpinan lahir dari hati yang ikhlas untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Terdapat kekeliruan terhadap kepimpinan yang mana mereka menyangka bahawa menjadi pemimpin adalah untuk mendapatkan jawatan.
Dengan paradigma ini, sebahagian daripada mereka akan menghalalkan segala cara untuk menjadi pemimpin. Bermula dengan berbaik-baik dengan atasan, sabotaj pihak lawan dan lain-lain. Sekiranya ini yang berlaku, maka pemimpin itu akan menggunkan kuasa yang ada untuk mengarah, memperalat, bahkan menguasai orang lain agar selalu mengikutinya. Tentu kita masih ingat sejarah Hitler, Mussolini, dan Kaisar Hirohito yang telah menekan dan menjajah dunia dengan kepimpinannya. Namun, mereka hancur akibat daya perlawanan yang dasyat dari bangsa-bangsa yang ditekan. Itulah ketetapan Tuhan.
Ukuran tubuhmu tidak penting, ukuran otakmu cukup penting, ukuran hatimu itu yang terpenting.
-BC Gorbes-
Akhir kalam, sebelum saya melabuhkan tirai ucapan saya pada kali ini, saya memohon kepada semua mahasiswa/i untuk turun mengundi pada 21 hb Oktober 2008 bersamaan 21 Syawal 1429H. Undi anda amatlah bermakna untuk menentukan masa depan pemerintahan mahasiswa/i akan datang. Undilah dengan bijak kerana anda mempunyai hak untuk memilih siapa sahaja pemimpin pilihan anda.
-KEBAJIKAN MAHASISWA PEMACU KECEMERLANGAN-
Â
Nazira Binti Jiat
Calon Umum
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09
Â





