APABILA MANIFESTO HANYA TINGGAL KENANGAN
Wednesday, September 15th, 2010 | POLITIK KAMPUS
Assalamualaikum W.B.T tajuk yang saya ingin bawakan pada kali ini ialah mengenai manifesto yang kini hanya tinggal kenangan, kebanyakkan mahasiswa mungkin terlupa manifesto yang di bawakan calon-calon pada PRK lepas, namun masih banyak lagi manifesto yang tidak terlaksana lebih-lebih lagi “ADUN” yang memenangi kerusi Fakulti yang kini terlalu sibuk dengan “PARLIMEN” sehingga terlupa tanggungjawab sebagai ADUN dan juga “AHLI PARLIMEN” yang mungkin lalai hinggakan terus dibuai mimpi indah kemenangan lepas. Antara manifesto yang menarik perhatian saya ialah
1. Menggiat aktifkan kaunter aduan bergerak mahasiswa, Mengusulkan kepada pihak universiti supaya membuka lebih banyak negeri untuk pelajar melakukan program (Manifesto salah seorang calon UMUM),
2. mengusulkan dan mencadangkan kepada pihak universiti untuk menaiktarafkan kemudahan-kemudahan dan infrastruktur pembelajaran dan keselamatan pelajar demi untuk keselesaan dan kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran. (manifesto salah seorang calon UMUM)
3. Menjadi Medium Penghubung Yang Proaktif Antara Mahasiswa, Fakulti dan Universiti (manifesto calon kerusi Fakulti)
adakah mereka ini masih ingat dengan janji-janji yang di taburkan pada PRK lepas? dimanakah mereka? harapan saya, tunaikan segala janji anda sebelum anda tamat tempoh sebagai MPP..semua manisfesto di atas calonnya mng besar dalam PRK lepas, itu tandanya Mahasiswa mengharapkan anda dan anda jgn sesekali menghampakan mahasiswa. kepada calon fakulti yang menang anda perlu ingat bahawa anda kena lebihkan kawasan “DUN” yang anda menangi dan jalankan jawatan portfolio di “PARLIMEN” yang telah diberikan..akhir kata semoga menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan selalulah turun padang demi “RAKYAT”..wassalam…
“Mahasiswa didahulukan, kecemerlangan diutamakan”