APABILA MANIFESTO HANYA TINGGAL KENANGAN

Wednesday, September 15th, 2010 | POLITIK KAMPUS | No Comments

Assalamualaikum W.B.T tajuk yang saya ingin bawakan pada kali ini ialah mengenai manifesto yang kini hanya tinggal kenangan, kebanyakkan mahasiswa mungkin terlupa manifesto yang di bawakan calon-calon pada PRK lepas, namun masih banyak lagi manifesto yang tidak terlaksana lebih-lebih lagi “ADUN” yang memenangi kerusi Fakulti yang kini terlalu sibuk dengan “PARLIMEN” sehingga terlupa tanggungjawab sebagai ADUN dan juga “AHLI PARLIMEN” yang mungkin lalai hinggakan terus dibuai mimpi indah kemenangan lepas.  Antara manifesto yang menarik perhatian saya ialah

1. Menggiat aktifkan kaunter aduan bergerak mahasiswa, Mengusulkan kepada pihak universiti supaya membuka lebih banyak negeri untuk pelajar melakukan program (Manifesto salah seorang calon UMUM),

2. mengusulkan dan mencadangkan kepada pihak universiti untuk menaiktarafkan kemudahan-kemudahan dan infrastruktur pembelajaran dan keselamatan pelajar demi untuk keselesaan dan kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran. (manifesto salah seorang calon UMUM)

3. Menjadi Medium Penghubung Yang Proaktif Antara Mahasiswa, Fakulti dan Universiti (manifesto calon kerusi Fakulti)

adakah mereka ini masih ingat dengan janji-janji yang di taburkan pada PRK lepas? dimanakah mereka? harapan saya, tunaikan segala janji anda sebelum anda tamat tempoh sebagai MPP..semua manisfesto di atas calonnya mng besar dalam PRK lepas, itu tandanya Mahasiswa mengharapkan anda dan anda jgn sesekali menghampakan mahasiswa. kepada calon fakulti yang menang anda perlu ingat bahawa anda kena lebihkan kawasan “DUN” yang anda menangi dan jalankan jawatan portfolio di “PARLIMEN”  yang telah diberikan..akhir kata semoga menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan selalulah turun padang demi “RAKYAT”..wassalam…

“Mahasiswa didahulukan, kecemerlangan diutamakan”

MASALAH PARKIR DALAM KAMPUS DAN SAMAN

Wednesday, September 15th, 2010 | KAMPUS | No Comments

Assalamualaikum w.b.t. coretan kali ini adalah masalah parkir yang menjadi masalah terbaru mahasiswa di UPSI. Tempat parkir yang dibenarkan untuk pelajar hanyalah di bahagian bitarasiswa, perpustakaan, belakang Dewan Kuliah M (berdekatan dengan kedai mamak), di Depan Dewan Kuliah A & B, di sebelah dewan Rahman Talib, akan tetapi tiada di bahagian bawah banggunan E-Learning, Fakulti Bahasa, banggunan Malim Sarjana dan di HEP sendiri. ini menjadi masalah kepada pelajar kerana di semua tempat yang mempunyai parkir pelajar tidak mencukupi hingga membolehkan saman di keluarkan kerana tidak parkir di tempat sepatutnya. masalah parkir ini merujuk kepada masalah parkir motorsikal mahasiswa. Menjadi rumit lagi apabila parkir staff yang berlebihan akan tetapi parkir pelajar tidak mencukupi. Ini juga akan menyusahkan mahasiswa kerana terpaksa parkir jauh untuk ke kuliah dalam keadaan hujan.

cadangan yang ingin di ajukan :

1) memperbanyakkan parkir mahasiswa di semua tempat seperti di hadapan fakulti bahasa (bersebelahan kiosk) tempat parkir disi amat sesuai dan tempat yang luas, mahasiswa akan dapat parkir di situ untuk berurusan di HEP dan Fakulti Bahasa.

2) mengurangkan parkir staff, ini kerana staff kebanyakkannya memandu kereta dan bukannya menunggang motorsikal.

3) jika ingin menguatkuasakan saman perlu menyeluruh bukan hanya untuk mahasiswa tetapi untuk semua warga UPSI tidak mengira mahasiswa, staff mahupun pensyarah.

segala kerjasama daripada pihak berwajib HEP dan Majlis Perwakilan Pelajar di ucapkan ribuan terima kasih..

“mahasiswa didahulukan kebajikan diutamakan”

KEMBALIKAN HAK UPSI SEBAGAI TEMPAT POSTING UTAMA

Sunday, February 7th, 2010 | KAMPUS | 3 Comments

Assalamualaikum..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon pilihan raya UPSI yang telah mendapat mandat daripada mahasiswa/i..saya dan rakyat UPSI mengharapkan anda melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan sewaktu rapat umum lepas. Amanah yang diberikan rakyat janganlah dipersiakan oleh MPP UPSI, kembalikanlah kegemilangan MPP dan jangan lupa turun padang bagi melihat masalah mahasiswa, anda di MPP bukanlah untuk menjadi terkenal akan tetapi adalah menjalankan tanggungjawab sebagai wakil pelajar yang ada di UPSI. Harapan besar saya kepada MPP yang baru ini adalah kembalikanlah “Hak Utama Posting” kepada graduan UPSI, perjuangkanlah masalah utama ini setelah digembar-gemburkan posting akan dibekukan selama 2 tahun. Antara cadangan saya untuk MPP adalah cuba hapuskan DPLI dan KPLI yang memberi kesan kepada kualiti profesion keguruan lebih-lebih lagi nama UPSI. Jika tidak dapat di hapuskan, cuba melewatkan pengajian bagi DPLI dan KPLI kepada 3 tahun supaya mereka dapat menyelami dan menghayati profesion keguruan dengan lebih dalam supaya mereka dapat rasakan bagaimana susahnya untuk menjadi guru. Jika pelajar ISMP belajar selama 4 tahun di UPSI dan bergelumang dengan pelbagai program dan kursus bagi menyediakan guru yang berkualiti kepada Profesion Keguruan jadi apa salahnya DPLI dan KPLI juga merasai bagaimana pelajar ISMP rasa. Saya mementingkan KUALITI bukan KUANTITI guru yang ada di Malaysia sekarang ini. Jadi saya amat berharap MPP yang baru ini dapat menjalankan tugas ini dengan baik dan memperjuangkannya dengan radikal, dan masalah kedua yang melanda mahasiswa UPSI adalah kelewatan “loan PTPTN” masuk apabila di awal semester, jadi perjuangkanlah supaya di awalkan sebelum semester bermula, janganlah membutakan mata dan memekakkan telinga jika pelajar menghentam MPP di forum, perjuangkanlah selagi anda bernama MPP UPSI, jika benar-benar memperjuangkan rakyat UPSI dan menuju KEBITARAAN lakukanlah sesuatu supaya mahasiwa mengetahui bahawa MPP benar-benar menjalankan mandat daripada rakyat dan selesa dengan MPP baru..sekian wassalam..(PEMIMPIN BITARA MEMBAWA PERUBAHAN)

Pemilihan Rakan Exco Sekretariat Pencegah Rasuah UPSI

Sunday, February 7th, 2010 | KAMPUS | No Comments

MEMO

SEKRETARIAT PENCEGAH RASUAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Satu sesi pemilihan RAKAN EXCO Sekretariat Pencegah Rasuah akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 4 hingga 9 Februari 2010

Masa : 10:00 am - 4:00 pm

Borang permohonan boleh diperolehi di http://www.upsi.edu.my atau datang ke bilik SPRM di bangunan Bitarasiswa

BORANG PERMOHONAN

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum W.B.T Selamat datang ke blog Mohammad Farhan Bin Abu Talib, semoga pengunjung dapat pengetahuan serta dapat memberi cadangan dan pendapat yang bermanfaat untuk mahasiswa/i UPSI. terima kasih wassalam..

Blogroll

 

May 2012
M T W T F S S
« Sep    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Search