..: MANIFESTO :..

Monday, January 25th, 2010 | Uncategorized

manifesto?apakah itu manifesto?berbagai-bagai definisi yang terbit untuk menterjemahkan perkataan ini..tetapi,bagi saya,manifesto adalah suatu tanggungjawab dan amanah yang perlu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikannya..seseuatu yang saya YAKIN saya boleh laksanakan..sesuatu yang saya tidak membuatkan orang lain meragui kepimpinan saya..

jadi,untuk PRK ini,manifesto yang saya bawa ialah : MENAMBAH BILANGAN BUKU YANG MENJADI SUMBER RUJUKAN UTAMA PELAJAR DAN PENSYARAH..

mungkin ada yang akan memperkatakan dan memperlekehkan manifesto yang saya bawa ini..tetapi,itu terpulang kepada anda..bagi saya,saya YAKIN saya mampu untuk memperjuangkan janji ini demi kebaikan semua pelajar UPSI umumnya dan pelajar FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI khususnya..

seperti mana yang kita semua lalui,pada hari pertama pembelajaran,pensyarah akan menerangkan rancangan mengajar mereka dan mereka akan memberitahu buku-buku yang menjadi sumber rujukan utama untuk subjek yang diajar..

dan,bagi pihak pelajar,mereka akan ke perpustakaan dan mencari buku tersebut..kepada yang berjaya memperoleh buku tersebut,alhamdulillah..tetapi,kepada yang gagal mendapatkannya,bagaimana?ya,mungkin kita boleh membelinya sendiri buku tersebut dari pensyarah dengan harga pelajar,tetapi bagaimana keadaannya dengan pelajar yang tidak mampu?dan adakah kita hendak membeli semua buku yang menjadi sumber rujukan utama tersebut??harga sebuah buku bagi pelajar FST adalah dalam lingkungan RM60 ke atas..anda boleh mengira sendiri berapa RM yang perlu anda sediakan untuk membeli semua buku rujukan terbabit..walhal,dalam sebuah buku tersebut,tidak semua yang akan kita pelajari..

jadi,di kaca mata saya sebagai wakil anda,saya berasakan ini agak membebankan pelajar dan saya mengambil pengajaran untuk memperjuangkan manifesto saya..

bagi pengetahuan semua,manifesto yang saya lakukan ini tidaklah terbit dari diri saya seorang sahaja.saya telah bertanya kepada kebanyakan pelajar FST berkenaan perkara ini dan ramai yang memberi respons bahawa buku sumber rujukan utama pelajar dan pensyarah ini agak tidak mencukupi kepada pelajar..mereka memberi kepercayaan dan tanggungjawab yang amat besar ini kepada saya untuk memperjuangkannya dan memastikan buku tersebut mencukupi di PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN,UPSI..

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

2 Comments to ..: MANIFESTO :..

Cheap Belts
September 5, 2012

…Check this out…

[...]I am now not sure where you are getting your info, however good topic.[...]…

celebrity heights
November 7, 2012

celebrity heights…

[...]below you will obtain the link to some web-sites that we think you need to visit[...]…

Leave a comment

Archive

Meta

Search