..: SALAM PERKENALAN UNTUK SEMUA :..

Wednesday, January 27th, 2010 | Uncategorized | No Comments

nama diberi, WAN NURUL HUDA BT W A LAH @ WAN MOHAMAD..berasal dari KELANTAN dan sekarang tinggal di KHAR..merupakan pelajar semester 6 dan mengambil kos pendidikan sains kimia..

umur,22 tahun..mula mengenali dunia pada 10 Februari 1988 di HUSM Kubang Kerian,Kelantan..merupakan anak bongsu dari 7 adik beradik..

untuk melayakkan saya memasuki UPSI,saya belajar di Matrikulasi Pahang..(matriks yang amat saya rindui)..saya mengambil jurusan sains hayat pada ketika itu…5H27..terima kasih kepada cikgu2 dan kawn2 yang banyak membantu saya ketika itu..

kepada semua,jika anda berjumpa saya di mana2 pn,tegurlah saya..saya seorang yang ramah,anda tidak perlu takut..

akhir sekali,selamat mengundi pada esok hari..JALANKAN HAK ANDA SEBAGAI SEORANG MAHASISWA..

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

..: RAPAT UMUM :..

Tuesday, January 26th, 2010 | Uncategorized | No Comments

kepada mahasiswa/wi UPSI,turunla ke rapat umum yang diadakan setiap malam di KHAR,KAB dan Kampus UPSI untuk mendengar sendiri manifesto yang dijanjikan oleh calon-calon anda dan mengenali mereka dengan lebih lanjut lagi..

TAK KENAL,MAKA TAK RINDU..TAK KENAL,BAGAIMANA NAK UNDI??

adakah anda undi dengan hanya melihat rupa paras sahaja?anda salah,kita sudah berada di zaman moden..undilah calon anda yang benar2 layak dan mampu untuk menggalas tanggungjwab yang amat berat ini..tanggungjawab yang bukan semua sanggup memikulnya..

di sini, saya sertakan sekali link facebook saya untuk anda melihat rapat umum saya yang telah dirakamkan..anda boleh melihatnya dan anda nilailah sendiri siapa yang anda percaya,..UNDI ANDA AMAT PENTING UNTUK KEBAIKAN MASA DEPAN..

link : http://www.facebook.com/video/video.php?v=269567252859

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

..: KISAH: DOA SEMUT :..

Tuesday, January 26th, 2010 | Uncategorized | No Comments

hari ni,saya nak berkongsi cerita yang saya baca…walaupun saya tidaklah searif mana untuk menyampaikannya,tetapi,saya cuba berkongsi dengan rakan-rakan semua…

 

tajuknya DOA SEMUT….

Syeikh Shaduq dalam kitab Man La Yahdhuruhul Faqih,meriwayatkan: “Pada zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam, terjadi kekeringan sepangjang tahun. Umat memohon kepada beliau agar berdoa meminta hujan kepada Allah SWT.

Nabi Sulaiman Alaihissalam dan pengikutnya keluar dari kota.Pergi menuju tempat yang sesuai untuk sama-sama memohonkan hujan kepada Allah.

Di tengah perjalanan yang mereka lalui, pandangan Nabi Sulaiman Alaihissalam tertuju kepada seekor semut. Beliau menyaksikan semut itu mengangkat kedua tangannya ke langit berdoa, “Ya Allah,kami juga makhluk-Mu,dan memerlukan rezeki-Mu,janganlah Engaku binasakan kami kerana dosa ank-anak dan cucu Adam.”

Nabi Sulaiman Alaihissalam menjeling ke arah para pengikutnya dan berkata, “Kembalilah,kamu pun tak lama akan memperoleh air.” Pada tahun itu, hujan turun lebih dari tahun-tahunnya…

jadi…dari kisah ini,saya nak berkongsi bahawa,kita mesti yakin dengan doa kita dan berusaha terlebih dahulu..jika dikaitkan dengan masa sekarang,berdoalah kepada tuhan masing-masing dengan penuh yakin bagi memperoleh kejayaan,kesihatan,kebahagiaan,keampunan dan ketenteraman..beljar ke arah kebaikan tinggi darjatnya dan elok kiranya kita memperkuatkannya dengan amalan doa harian kita..

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

..: 20 SBT DIUMUM :..

Tuesday, January 26th, 2010 | Uncategorized | No Comments

 

 

PUTRAJAYA 25 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dalam usaha kerajaan mengangkat kualiti sekolah terbaik di seluruh negara ke taraf dunia.

Sekolah terbabit terdiri daripada 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemilihan SBT dibuat berdasarkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan kebitaraan, sekali gus melayakkan sekolah berkenaan menikmati kuasa autonomi tambahan.

Muhyiddin berkata, kerajaan menyasarkan 30 sekolah lagi akan dipilih sebagai SBT pada tahun depan manakala 50 lagi pada 2012 menjadikan keseluruhannya 100 sekolah.

Katanya, langkah itu bagi mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid.

“Kuasa autonomi tambahan itu melibatkan kurikulum fleksibel dan pemilikan bajet, antara lainnya membenarkan para pelajar cemerlang menamatkan persekolahan setahun lebih awal melalui kaedah lompat kelas.

“SBT juga diberi kelonggaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan elektif,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

..: HARI PEMILIHAN MPP SESI 09/10 :..

Tuesday, January 26th, 2010 | Uncategorized | No Comments

ayuh turun ramai2…kita tunaikan hak kita sebagai seorang mahasiswa..

Date:
Thursday, January 28, 2010
Time:
8:30am - 5:00pm
Location:
BITARASISWA, DEWAN SITC, DEWAN KZ, FOYER KHAR, PERPUSTAKAAN, BANGUNAN IPSI, FOYER CANCELORI

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

..: UNTUK MAKLUMAN MAHASISWA TAHUN 1 DAN 2 :..

Tuesday, January 26th, 2010 | Uncategorized | No Comments

untuk makluman mahasiswa UPSI tahun 1 dan 2,hari ni bermula korang bleh amik borang permohonan untuk mendapatkan netbook dan streamyx percuma..borang boleh di ambil di pejabat streamyx tanjung malim (di taman anggerik,berdekatan dengan secret recipe dan restoran cupak)..borang tu free jer,dan datangla beramai2 untuk ambil bagi pihak masing2 kerana anda akan diberikan taklimat secara personal berkenaan hal ini oleh pegawai yang bertugas..

saya telah pergi ke sana untuk mendapatkan borang bagi junior saya dan saya telah mendengar sendiri maklumat yang diberikan oleh pegawai yang bertugas..

dari apa yang saya dapat tadi,saya diberitahu penggunaan streamyx ini hanya boleh diguna menggunakan HOME PREPAID SERVICE..apa tu?camni..ia ala2 prepaid,tapi anda semua perlu membeli kad jika kehabisan duit dalam kad yang lama..dan anda perlu menggunakan atas talian dan memasukkan 13 angka sebagai nombor pin anda..

selain itu,anda perlu mendapatkan BORANG PENGESAHAN PELAJAR sebagai bukti anda ialah mahasiswa tahun 1 atau 2 UPSI…setelah anda siap mengisi borang tersebut,anda perlu mendapatkan cop pengesahan daripada HEP..cop tersebut perlu disahkan di SECTION 6:ACKNOWLEDGEMENT FROM IPTA/IPTS (nanti anda rujuk borang masing2)….

Streamyx tu,anda boleh pilih sama ada untuk memasangnya di rumah atau pun di Tg Malim ni..anda perlu mendaftarkan streamyx tu atas nama anda..jika nak pasang di rumah yang telah menggunakan nama orang lain,anda perlu membuat surat pendaftaran streamyx…

untuk maklumat lebih lanjut,anda semua cepat2la ke Pejabat TM Point ataupun menghubungi 100 atau melayari www.tm.com.my

CEPAT2!!!!!PELUANG KEEMASAN MENANTI ANDA WAHAI MAHASISWA TAHUN 1 DAN 2..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMILIKI NETBOOK DAN STREAMYX DENGAN BAYARAN CUMA RM50 SEBULAN…

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

..: SEDIKIT PENGALAMAN KEPIMPINAN YANG DIMILIKI :..

Monday, January 25th, 2010 | Uncategorized | No Comments

sepanjang 6 semester saya bergelar mahasiswa UPSI,saya telah mendapat sedikit pengalaman yang amat berguna..

dari semester 1 lagi,saya telah mengambil peluang untuk menjadi rakan exco Biro Perhubungan Awam dan Antarabangsa Kolej Harun Aminurrashid di bawah pimpinan abang Sasi dan Kak Qilah..mereka telah membuka mata saya yang pada ketika itu adalah orang baru di UPSI..mereka sering berpesan supaya sebagai sorang mahasiswa,kita perlu aktif dan guna masa yang ada di UPSI sebaiknya..saya juga menyertai Kelab Penyayang pada ketika itu walaupun saya keseorangan..hasilnya,saya mengenali semua senior dari kos Pendidikan Moral kerana kepimpinan pada waktu itu diterajui oleh mereka..

berganjak ke semester 2,saya meneruskan tanggungjwab sebagai rexco dan ahli kelab..saya menyertai beberapa program yang mereka kendalikan..seperti,baktisiswa di Kuala Gula,memasak bubur lambuk,berkesempatan untuk berniaga pada Hari Terbuka KHAR..saya gembira melakukannya dan saya berasa lebih yakin untuk menjadi seorang bakal pendidik..saya juga menyertai rexco Biro Akademik dan Kerjaya MPP 07/08 kerana saya ingin berkecimpung dengan kepimpinan yang menerajui universiti.

semester 3 pula,saya menyertai Kelab Pengguna dan saya terlibat dengan Hari Pengguna..pada ketika itu,saya bertekad untuk memasuki mana-mana jua kelab untuk menambahkan pengalaman saya dan saya selesa untuk hanya berada di bawah..bagi saya,jadi orang bawah ini,membolehkan saya menyertai mana-mana pertubuhan di UPSI dan tidak terikat kepada satu pihak sahaja..

semester 4 pula,saya menjadi rexco Biro Perhubungan dan Antarabangsa MPP sesi 08/09..saya berubah biro kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan menimba ilmu yang lain pula..pada semester ini,saya berasa lebih yakin dengan diri sendiri..saya terlibat dengan Minggu Suai Kenal ambilan Julai 2009/2010(sesuatu yang saya impikan sejak saya berada di semester 1 lagi)

semester 5,merupakan semester yang merubah diri saya sedikit..saya berasakan saya perlu mencuba untuk berada di atas..

1) saya dilantik menjadi setiausaha biro Penerbitan dan Informasi KHAR

2) saya juga dilantik menjadi Naib Setiausaha Program Khidmat Masyarakat di Kemboja

3) penolong Setiausaha Pesta Konvokesyen ke-11 sidang 2 2009

4) setiausaha Minggu Suai Kenal ambilan Disember 2009/2010

saya banyak terlibat dengan kerja sebagai setiausaha dan saya mendapat pelbagai pengalaman dan ilmu sebagai seorang setiausaha..

jadi,untuk semester 6 ini,saya berharap saya dapat meanggotai MPP sesi 09/10 dan berkhidmat untuk semua berbekalkan sedikit pengalaman kepimpinan yang saya miliki…undilah saya jika anda berasakan saya layak untuk menjadi wakil anda,untuk berbakti kepada anda semua..

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

..: MANIFESTO :..

Monday, January 25th, 2010 | Uncategorized | No Comments

manifesto?apakah itu manifesto?berbagai-bagai definisi yang terbit untuk menterjemahkan perkataan ini..tetapi,bagi saya,manifesto adalah suatu tanggungjawab dan amanah yang perlu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikannya..seseuatu yang saya YAKIN saya boleh laksanakan..sesuatu yang saya tidak membuatkan orang lain meragui kepimpinan saya..

jadi,untuk PRK ini,manifesto yang saya bawa ialah : MENAMBAH BILANGAN BUKU YANG MENJADI SUMBER RUJUKAN UTAMA PELAJAR DAN PENSYARAH..

mungkin ada yang akan memperkatakan dan memperlekehkan manifesto yang saya bawa ini..tetapi,itu terpulang kepada anda..bagi saya,saya YAKIN saya mampu untuk memperjuangkan janji ini demi kebaikan semua pelajar UPSI umumnya dan pelajar FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI khususnya..

seperti mana yang kita semua lalui,pada hari pertama pembelajaran,pensyarah akan menerangkan rancangan mengajar mereka dan mereka akan memberitahu buku-buku yang menjadi sumber rujukan utama untuk subjek yang diajar..

dan,bagi pihak pelajar,mereka akan ke perpustakaan dan mencari buku tersebut..kepada yang berjaya memperoleh buku tersebut,alhamdulillah..tetapi,kepada yang gagal mendapatkannya,bagaimana?ya,mungkin kita boleh membelinya sendiri buku tersebut dari pensyarah dengan harga pelajar,tetapi bagaimana keadaannya dengan pelajar yang tidak mampu?dan adakah kita hendak membeli semua buku yang menjadi sumber rujukan utama tersebut??harga sebuah buku bagi pelajar FST adalah dalam lingkungan RM60 ke atas..anda boleh mengira sendiri berapa RM yang perlu anda sediakan untuk membeli semua buku rujukan terbabit..walhal,dalam sebuah buku tersebut,tidak semua yang akan kita pelajari..

jadi,di kaca mata saya sebagai wakil anda,saya berasakan ini agak membebankan pelajar dan saya mengambil pengajaran untuk memperjuangkan manifesto saya..

bagi pengetahuan semua,manifesto yang saya lakukan ini tidaklah terbit dari diri saya seorang sahaja.saya telah bertanya kepada kebanyakan pelajar FST berkenaan perkara ini dan ramai yang memberi respons bahawa buku sumber rujukan utama pelajar dan pensyarah ini agak tidak mencukupi kepada pelajar..mereka memberi kepercayaan dan tanggungjawab yang amat besar ini kepada saya untuk memperjuangkannya dan memastikan buku tersebut mencukupi di PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN,UPSI..

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

..: KENALI CALON FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI ANDA :..

Monday, January 25th, 2010 | Uncategorized | No Comments

nama diberi WAN NURUL HUDA BT W A LAH @ WAN MOHAMAD..nama yang paling panjang antara calon2 fakulti sains dan teknologi yang lain…jadi,tak sush untuk anda mengingati nama saya ini..saya merupakan pelajar semester 6 dan mengambil kursus PENDIDIKAN SAINS (KIMIA) dan sekarang berada di KOLEJ HARUN AMINURRASHID..

alhamdulillah,untuk PILIHANRAYA KAMPUS BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 09/10 ini,saya dengan rasa penuh tanggungjawabnya mengambil keputusan untuk menjadi calon fakulti demi rakan-rakan UPSI umumnya dan FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI(bakal ditukar nama ke FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK) khususnya..

jadi,untuk melayakkan diri menjadi wakil anda,saya telah menghadiri ketiga-tiga KURSUS KEPIMPINAN MAHASISWA yang dikendalikan oleh pihak HAL EHWAL PELAJAR UPSI..jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam kursus ini kerana telah mengajar dan memantapkan lagi bakat kepimpinan yang saya ada…

kepada semua MAHASISWA DAN MAHASISWA UPSI CELIK BITARA yang saya sayangi,kenalilah saya dan calon-calon MPP yang lain dengan lebih mendalam kerana anda berhak untuk menentukan masa depan universiti dan anda sendiri sebagai bakal guru kelak..

“Pimpinan Bitara Modal Insan Cemerlang”

Hello world!

Friday, January 22nd, 2010 | Uncategorized | 1 Comment

Welcome to UPSI Blogs. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Archive

Meta

Search