Perlunya berbicara tentang kematian
kerana kita akan sentiasa ingat hidup ini punya matlamat di hari kemudian
Tiada satupun yang disengajakan dalam perkiraan Tuhan

Perlunya bicara tentang kematian
kerana hati tidak akan alpa dalam keseronokan
…dalam keindahan…
…dalam kebahagiaan…
…dalam ketenangan…
…dalam diam…
…dalam pendam…

perlunya bicara tentang perkataan itu
kerana kita perlu terburu-buru
mengejar ilmu
mengerjakan amal beribu
kerana kita tidak tahu
dan kita sebenarnya yang amat perlu
mengharap bertemu  dan melihat wajah yang SATU