Dipetik dari: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Solat Sunat Pilihan. Kuala Lumpur: Telaga Biru, h. 29-35.

Hadis riwayat Imam Muslim:

  • Daripada Aisyah r.a. katanya:

“Nabi saw tidak meninggalkan empat rakaat solat sunat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sebelum solat subuh”

Hadis riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Ibn Majah dan Imam Ahmad :

  • Daripada Ummu Habibah r.a. ia berkata; aku mendengar Nabi saw bersabda:

“Sesiapa bersolat empat rakaat sebelum solat Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah memeliharanya daripada neraka”

Hadis riwayat Imam Ahmad:

  • Daripada Abu Hurairah telah berkata

“Tidaklah aku datang pada waktu tengah hari kecuali aku dapati Nabi bersolat”

Hadis riwayat Imam al-Tabrani:

  • Daripada Abu Musa katanya; Rasulullah saw bersabda:

“Siapa yang solat Dhuha dan sebelum solat Zuhur empat rakaat nescaya dibina baginya kediaman di syurga”

  • Daripada Safwan; Rasulullah saw bersabda:

“Siapa yang bersolat empat rakaat sebelum Zuhur dia seolah-olah memerdekakan sepuluh hamba atau baginda juga bersabda sama seperti memerdekakan empat hamba daripada anak Nabi Ismail”