Avatar


Remember Me? Lost password? Create new


Join now  
Latest News

SENARAI BLOG CALON-CALON MPP, PILIHANRAYA KAMPUS 2010

SENARAI BLOG CALON-CALON MPP, PILIHANRAYA MPP 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan, calon-calon pilihanraya pada tahun ini telah dibekalkan sebuah blog bagi setiap calon sebagai platform untuk berkempen.

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON-CALON MPP, PILIHANRAYA MPP 2010I

Calon-calon perlu sms beberapa maklumat berikut kepada 016-511 2185 bagi memperoleh Username & Password bagi blog anda. Kerjasama dari anda amatlah diperlukan. Mohon maaf atas segala kesulitan. Tutorial ringkas penggunaan blog upsi boleh di muat turun di sini

Nama Penuh

No Kad Matriks

No Alamat Emel

Mohammad Farhan Abu Talib Priyatharshini Darmalinggam Mohamad Faizal Mad Daud Mohd Zulhelmi Abdul Wahab Mohd Zahar Mohamed Nor Nik Azrul Nik Kamarudin Nooranoo Arifin Mohd Zaini Zainudin Nurul Illyana Mohamad Herwana Herman Nor ashikin Mohd Yusof Mohd Amin Mat Sidik Atiqah Mohd Hasbi Khadijah Mohd Bakri Wan Nurul Huda W.A,Lah @ Wan Mohamad Nadiah Mohd Khalid Muhd Muzakkir Afiq Musa Nur Emillida Yusoff Siti Norbayu Salleh Mohd Sahril Mohd Yusof Anis’ Artiqah Ahmad Nor Faiqah Mohd Ramly Shaiha Binti Sulaiman Eddy Safbree Bin Salim Muhd Nizamuddin Bin Samsudin

Penulis blog hina Nabi tak boleh bersembunyi

PUTRAJAYA: Penulis blog yang menghina Nabi Muhammad tidak dapat menyembunyikan dirinya dan berdepan hukuman berat apabila polis memulakan siasatan berhubung blog berkenaan yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis memandang serius kewujudan blog itu berikutan mengganggu sensitiviti umat Islam.

“Kami sudah menjalankan siasatan ke atas blog berkenaan dan kita memandang serius perbuatan penulis blog itu.

“Kami juga akan mengambil tindakan terhadap pengendali blog yang tidak sensitif kepada perkara yang membabitkan agama Islam di negara ini,” katanya di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan kewujudan satu lagi laman blog yang menghina Nabi Muhammad, tidak sampai sebulan selepas satu laman blog yang hampir sama muncul.

Dalam laman blog berbahasa Inggeris itu, penulis blog berkenaan secara terang-terangan mengutarakan hujah yang mengelirukan bertujuan merendahkan kredibiliti Nabi Muhammad, al-Quran dan agama Islam.

Kemunculan laman web baru yang mempunyai alamat hampir sama dengan laman blog sebelum ini mula disedari pengguna laman web selepas menjadi buah mulut di kalangan pengirim e-mel.

Pada 27 Disember lalu, akhbar ini melaporkan mengenai seorang penulis laman blog yang dikesan cuba menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila tergamak menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.

Petikan dari Harian Metro, 20 Januari 2009

Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.

Beliau berkata, penulisan dan laporan blog kini bukan lagi satu aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya telah berubah menjadi satu jenama dan banyak pihak mendapat keuntungan melalui blog serta portal berita.

Katanya, lebih penting lagi, budaya blog semakin menyentuh kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang mencapai lebih banyak sumber berita dan maklumat.

”Dengan peralatan yang begitu berkuasa, penulis blog mampu mempengaruhi pembaca dan membentuk perspektif mereka. Penulis blog mampu menyatupadukan komuniti dan mereka juga boleh memecahbelahkan mereka.

”Menjadi hasrat kita supaya penulis blog meneruskan kegiatan mereka seiring dengan harapan negara untuk memastikan keamanan dan kemajuan dicapai secara lestari,” katanya dalam ucaptama merasmikan Forum Bloggers Buff 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, penulis blog khususnya dan rakyat Malaysia perlu sentiasa mementingkan komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Katanya, rakyat Malaysia mesti menggunakan semangat tolak ansur, perpaduan dan harmoni untuk terus membina bangsa yang maju dan bersatu padu.

”Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara kerana ia penting kepada kemakmuran negara,” katanya.

petikan dari Utusan Malaysia Online , 23 november 2008

Information about UPSI Blog

UPSI Blog is an Official blog for Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It is still undergoing development and enhancement. For the time being , academicians can have their own blog for teaching and learning activities only. Should you have any comment or enquiry, please contact us, hakimah@ict.upsi.edu.my or eimiza@ict.upsi.edu.my.

,

Before you go

Going so soon? May these links be a guide to web enlightenment. Schwing!

Update

User List

Bakhreza binti Haji A Talip
Ariff bin Mohamad
Nazre bin Abdul Rashid
Mohd Nazri bin Md Saad
Abdullah bin Hassan


Random Post

Viewing video from YouTube

hakimah on July 8th, 2009
User can view video from You Tube. Example : [youtube]http://www.youtube.com/watch?v=-ZjN6EMO55U[/youtube] More...