Avatar


Remember Me? Lost password? Create new

Penulis blog hina Nabi tak boleh bersembunyi

PUTRAJAYA: Penulis blog yang menghina Nabi Muhammad tidak dapat menyembunyikan dirinya dan berdepan hukuman berat apabila polis memulakan siasatan berhubung blog berkenaan yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis memandang serius kewujudan blog itu berikutan mengganggu sensitiviti umat Islam.

“Kami sudah menjalankan siasatan ke atas blog berkenaan dan kita memandang serius perbuatan penulis blog itu.

“Kami juga akan mengambil tindakan terhadap pengendali blog yang tidak sensitif kepada perkara yang membabitkan agama Islam di negara ini,” katanya di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan kewujudan satu lagi laman blog yang menghina Nabi Muhammad, tidak sampai sebulan selepas satu laman blog yang hampir sama muncul.

Dalam laman blog berbahasa Inggeris itu, penulis blog berkenaan secara terang-terangan mengutarakan hujah yang mengelirukan bertujuan merendahkan kredibiliti Nabi Muhammad, al-Quran dan agama Islam.

Kemunculan laman web baru yang mempunyai alamat hampir sama dengan laman blog sebelum ini mula disedari pengguna laman web selepas menjadi buah mulut di kalangan pengirim e-mel.

Pada 27 Disember lalu, akhbar ini melaporkan mengenai seorang penulis laman blog yang dikesan cuba menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila tergamak menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.

Petikan dari Harian Metro, 20 Januari 2009

One Comment, Comment or Ping

  1. sam

    Perkara ini tak boleh dibiarkan sahaja.

    Pihak kerajaan harus memantau dengan lebih kerap lagi dan mengambil tindakan yang serius.

    Semoga semua pihak akan lebih bertanggung jawab ketika berada di dunia maya.

Reply to “Penulis blog hina Nabi tak boleh bersembunyi”

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word

Before you go

Going so soon? May these links be a guide to web enlightenment. Schwing!

Update

User List

Bakhreza binti Haji A Talip
Ariff bin Mohamad
Nazre bin Abdul Rashid
Mohd Nazri bin Md Saad
Abdullah bin Hassan


Random Post

contoh

eimiza on July 28th, 2009
example More...