Avatar


Remember Me? Lost password? Create new

Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.

Beliau berkata, penulisan dan laporan blog kini bukan lagi satu aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya telah berubah menjadi satu jenama dan banyak pihak mendapat keuntungan melalui blog serta portal berita.

Katanya, lebih penting lagi, budaya blog semakin menyentuh kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang mencapai lebih banyak sumber berita dan maklumat.

”Dengan peralatan yang begitu berkuasa, penulis blog mampu mempengaruhi pembaca dan membentuk perspektif mereka. Penulis blog mampu menyatupadukan komuniti dan mereka juga boleh memecahbelahkan mereka.

”Menjadi hasrat kita supaya penulis blog meneruskan kegiatan mereka seiring dengan harapan negara untuk memastikan keamanan dan kemajuan dicapai secara lestari,” katanya dalam ucaptama merasmikan Forum Bloggers Buff 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, penulis blog khususnya dan rakyat Malaysia perlu sentiasa mementingkan komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Katanya, rakyat Malaysia mesti menggunakan semangat tolak ansur, perpaduan dan harmoni untuk terus membina bangsa yang maju dan bersatu padu.

”Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara kerana ia penting kepada kemakmuran negara,” katanya.

petikan dari Utusan Malaysia Online , 23 november 2008

2 Comments, Comment or Ping

  1. Bagus jg idea nie…x der la blog yang ada unsur2 negatif…

    http://azmie-computers.blogspot.com

  2. mastura

    just nak kan kepastian jer… sebenarnya kod etika penulisan blog ni wujud ker tak wujud. kalau wujud mnkah sumber yang patut dijadikan rujukan siapakah yang membentuknya??

Reply to “Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet”

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word

Before you go

Going so soon? May these links be a guide to web enlightenment. Schwing!

Update

User List

Bakhreza binti Haji A Talip
Ariff bin Mohamad
Nazre bin Abdul Rashid
Mohd Nazri bin Md Saad
Abdullah bin Hassan


Random Post

Telur di hujung tanduk

profabdullah on September 8th, 2009
Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya. Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. MerekaMore...