Avatar


Remember Me? Lost password? Create new

Mengembalikan kegemilangan tulisan jawi

PENEMUAN Batu Bersurat Terengganu pada 1303 menjadi asas penting kewujudan tulisan jawi di negara ini. Ia membuktikan bahawa tulisan tersebut sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui pada akhir abad ke 19.

Kemunculan tulisan yang berasal dari tulisan Arab ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17.

Sejak itu ia menjadi tulisan yang digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi di Nusantara. Peri pentingnya tulisan jawi ini dapat dilihat semasa penjajahan British di Tanah Melayu, apabila ia dijadikan tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Selama lebih 700 tahun bertapak di negara ini, tulisan jawi menempuh pelbagai kesulitan dan pancaroba dalam perkembangannya sehingga hari ini.

Awal abad ke-20, ia menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu. Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi Peranakan.

Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara harian.

Akhbar Utusan Melayu juga mengalami jatuh bangunnya sendiri sehingga terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 26 Januari 2006 ekoran tiada sambutan dan kekurangan pembaca.

Namun dengan keprihatinan pihak-pihak tertentu, atas dasar mempertahankan satu-satunya tulisan warisan bangsa Melayu, akhbar ini diterbitkan beberapa bulan kemudian, secara mingguan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan.

Kita mengalu-alukan keprihatinan Kementerian Pelajaran yang mengadakan pembelajaran jawi melalui program j-Qaf di sekolah rendah. Program tersebut menampakkan hasil memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah ‘celik jawi’ berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut.

Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan lagi penggunaan tulisan jawi di sekolah, dicadangkan supaya mata pelajaran pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi sepenuhnya termasuk semasa menjawab soalan dalam peperiksaan tersebut.

Di beberapa buah negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi dan adat istiadat Melayu. Ada juga sesetengah negeri memartabatkan tulisan tersebut pada papan-papan tanda jalan dan bangunan-bangunan.

Memandangkan jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan dan diangkat ke tempat yang sepatutnya. Harus disedari bahawa jawi adalah tulisan yang istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja.

Sehubungan itu, mempertahan dan memartabatkan tulisan jawi harus menjadi tanggungjawab wajib umat Melayu. Kuasa politik yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi memberi nafas baru kepada tulisan yang semakin terpinggir ini.

Sudah sampai masanya, ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka melakukan sesuatu bagi meneruskan kesinambungan warisan bangsa mereka. Jika tidak orang Melayu sendiri, siapa lagi yang boleh diharapkan?

Ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi yang dimiliki orang Melayu tidak akan membawa erti jika satu-satunya warisan bangsa mereka tidak dapat dipertahankan.

Ia lebih kepada soal jati diri. Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan mereka sendiri. Tidak usahlah bercakap isu-isu global jika soal bangsa sendiri terabai.

Sehubungan itu, Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 yang berlangsung di Shah Alam bermula hari ini sehingga 27 Ogos perlu dijadikan medan penting untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad lalu.

Langkah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta beberapa agensi lain termasuk Utusan Melayu menganjurkan seminar tiga hari ini amat dialu-alukan.

Dengan 45 kertas kerja termasuk satu forum antarabangsa yang disertai oleh ahli panel dari Malaysia, Singapura dan Patani bagi membincangkan hala tuju tulisan jawi di negara ini, ia diharap dapat memugarkan kembali penggunaan tulisan tersebut dan penataran serta perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu.

Lebih menarik, seminar ini meletakkan sub tema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.

Artikel ini diambil dari laman web Utusan Malaysia. Klik di sini untuk melihat artikel sebenar

4 Comments, Comment or Ping

  1. Songkok Hitam

    Amat setuju Tulisan Jawi dimartabatkan semula di persada tanah Melayu ini. Pusaka budaya bangsa amat tidak wajar diabai dan diketepikan kerana ia seperti menidakkan pusaka budaya bangsa dunia. Melestarikan segala warisan bangsa yang bererti menjadikan kita sebagai bangsa yang berbudi kepada dunia yang diwarisi.

  2. awang

    Saya yakin J-Qaf akan berupaya menggemilangkan kembali tulisan jawi di negara ini seterusnya di rantau Nusantara kita. Dengan syarat warganya mempunyai semangat yang kental dan berjiwa besar untuk membangunakan tamadun bangsa yang terbilang. Kenapa tidak boleh? Kecuali yang bacul mindanya…

  3. PENEMUAN Batu Bersurat Terengganu pada 1303 menjadi asas penting kewujudan tulisan jawi di negara ini. Ia membuktikan bahawa tulisan tersebut sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui pada akhir abad ke 19.

    Kemunculan tulisan yang berasal dari tulisan Arab ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17.

    Sejak itu ia menjadi tulisan yang digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi di Nusantara. Peri pentingnya tulisan jawi ini dapat dilihat semasa penjajahan British di Tanah Melayu, apabila ia dijadikan tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

    Selama lebih 700 tahun bertapak di negara ini, tulisan jawi menempuh pelbagai kesulitan dan pancaroba dalam perkembangannya sehingga hari ini.

    Awal abad ke-20, ia menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu. Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi Peranakan.

    Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara harian.

    Akhbar Utusan Melayu juga mengalami jatuh bangunnya sendiri sehingga terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 26 Januari 2006 ekoran tiada sambutan dan kekurangan pembaca.

    Namun dengan keprihatinan pihak-pihak tertentu, atas dasar mempertahankan satu-satunya tulisan warisan bangsa Melayu, akhbar ini diterbitkan beberapa bulan kemudian, secara mingguan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan.

    Kita mengalu-alukan keprihatinan Kementerian Pelajaran yang mengadakan pembelajaran jawi melalui program j-Qaf di sekolah rendah. Program tersebut menampakkan hasil memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah ‘celik jawi’ berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut.

    Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan lagi penggunaan tulisan jawi di sekolah, dicadangkan supaya mata pelajaran pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi sepenuhnya termasuk semasa menjawab soalan dalam peperiksaan tersebut.

    Di beberapa buah negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi dan adat istiadat Melayu. Ada juga sesetengah negeri memartabatkan tulisan tersebut pada papan-papan tanda jalan dan bangunan-bangunan.

    Memandangkan jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan dan diangkat ke tempat yang sepatutnya. Harus disedari bahawa jawi adalah tulisan yang istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja.

    Sehubungan itu, mempertahan dan memartabatkan tulisan jawi harus menjadi tanggungjawab wajib umat Melayu. Kuasa politik yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi memberi nafas baru kepada tulisan yang semakin terpinggir ini.

    Sudah sampai masanya, ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka melakukan sesuatu bagi meneruskan kesinambungan warisan bangsa mereka. Jika tidak orang Melayu sendiri, siapa lagi yang boleh diharapkan?

    Ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi yang dimiliki orang Melayu tidak akan membawa erti jika satu-satunya warisan bangsa mereka tidak dapat dipertahankan.

    Ia lebih kepada soal jati diri. Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan mereka sendiri. Tidak usahlah bercakap isu-isu global jika soal bangsa sendiri terabai.

    Sehubungan itu, Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 yang berlangsung di Shah Alam bermula hari ini sehingga 27 Ogos perlu dijadikan medan penting untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad lalu.

    Langkah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta beberapa agensi lain termasuk Utusan Melayu menganjurkan seminar tiga hari ini amat dialu-alukan.

    Dengan 45 kertas kerja termasuk satu forum antarabangsa yang disertai oleh ahli panel dari Malaysia, Singapura dan Patani bagi membincangkan hala tuju tulisan jawi di negara ini, ia diharap dapat memugarkan kembali penggunaan tulisan tersebut dan penataran serta perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu.

    Lebih menarik, seminar ini meletakkan sub tema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.

  4. Tuan,

    Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu “menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

    Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu “Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu”.

Reply to “Mengembalikan kegemilangan tulisan jawi”

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word

Before you go

Going so soon? May these links be a guide to web enlightenment. Schwing!

Update

User List

Bakhreza binti Haji A Talip
Ariff bin Mohamad
Nazre bin Abdul Rashid
Mohd Nazri bin Md Saad
Abdullah bin Hassan


Random Post

Telur di hujung tanduk

profabdullah on September 8th, 2009
Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya. Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. MerekaMore...