MAKLUMAN PENGAMBILAN SLIP PENDAFTARAN KURSUS

Thursday, February 4th, 2010 | Uncategorized | No Comments

Assalamualaikum…..

Mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang dikasihi sekalian. Pihak Akademik UPSI telah mengeluarkan memo supaya semua mahasiswa dan mahasiswi supaya mengambil slip pendaftaran kursus di setiap fakulti masing-masing. Kepada sesiapa yang belum mengambil Slip tersebut, sila berbuat demikian seperti tarikh yang ditetapkan untuk mengesahkan pendaftaran tersebut  sepertimana memo yang dikeluarkan oleh pihak Akademik :

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU (MULAI AMBILAN JULAI 2008)
PELAJAR SEMESTER 1 HINGGA 4

MERUJUK KEPADA BUKU KAEDAH UNIVERSITI
(PERKARA AKADEMIK 2008):
3.9 “PELAJAR PERLU MENGAMBIL SLIP PENDAFTARAN KURSUS DAN MENGESAHKAN KURSUS-KURSUS YANG TELAH DIDAFTARKAN PADA MINGGU KELAPAN (8)”.

KEPADA PELAJAR BAHARU YANG TELAH MENGAMBIL SLIP SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS (LEBIH AWAL DARI TARIKH YANG DITETAPKAN), ANDA DIWAJIBKAN UNTUK MENGAMBIL SEMULA SLIP SEMAKAN PENDAFTARAN KURSUS TERSEBUT MENGIKUT TARIKH SEPERTI BERIKUT:

KATEGORI PELAJAR
TARIKH SLIP BOLEH DIAMBIL
DENDA BERMULA
PELAJAR BAHARU
MULAI AMBILAN JULAI 2008
(SEMESTER 1 - 4)
22 Februari 2010 (Isnin)
hingga
5 Mac 2010 (Jumaat)
8 MAC 2010 (ISNIN)

 

SEBARANG KEGAGALAN ANDA UNTUK MENGAMBIL DAN MENGESAHKAN PENDAFTARAN KURSUS YANG DIAMBIL BOLEH MENJEJASKAN URUSAN PEPERIKSAAN ANDA. SEBARANG KECUAIAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB ANDA.

 

TARIKH NOTIS : 29 JANUARI 2010
DIKELUARKAN OLEH :

PEJABAT PENDAFTAR
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIT PENDAFTARAN

Mahasiswa perlu bangkit lawan penyelewengan

Monday, February 1st, 2010 | semasa | No Comments

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang dianggotai oleh 92 mahasiswa yang dipilih dalam pilihanraya kampus tahun lalu, menyelar tindakan pihak Universiti yang menafikan hak mahasiswa dalam sistem demokrasi di negara ini.

MPMN ingin menyatakan dengan tegas bahawa Pilihanraya kampus (PRK) pada tahun ini jelas mempunyai banyak kepincangan dan kelompangan akibat penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Pilihanraya Kampus yang sepatutnya mendidik mahasiswa erti demokrasi, telah bertukar menjadi medan meragut hak mahasiswa terutamanya dalam soal berpolitik dan berorganisasi melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa ini.

2. Kemenangan Pro Aspirasi secara mengejut di Universiti Malaya dan seterusnya mengekalkan penguasaan di kampus-kampus besar seperti UKM, UTM, USM, UPSI, dan lain-lain (Kecuali Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), adalah sesuatu yang sukar diterima. Hal ini kerana kemenangan Aspirasi diperolehi dalam keadaan wujudnya ketempangan nyata dalam Pilihanraya Kampus tersebut.

3. Bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), melihat pilihanraya kampus tidak ubah seperti gelanggang politik murahan pihak bukan mahasiswa yang inginkan kemenangan Aspirasi. Ini tidak lain dan tidak bukan demi kemandirian parti politik terbabit dalam pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Terdapat bukti-bukti jelas dan nyata penyertaan UMNO dalam pilihanraya kampus dan ini dapat dilihat dalam kes pemberian bajet PRK oleh UMNO Johor kepada jentera Aspirasi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) , sebanyak RM 20,000. Surat yang bertarikh 4 Januari 2010 ini telah ditandatangani oleh Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan diberikan kepada Naib Canselor  UTHM sendiri, Profesor Dato’ Mohd. Noh Dalimin. Ini bukti jelas keterlibatan UMNO dalam PRK pada kali ini. Sekiranya ini adalah fitnah dan juga rekaan semata-mata, MPMN mencabar pihak UMNO dan TNC UTHM untuk membuat penafian terbuka berkaitan perkara ini.

5. Juga ketempangan dalam perjalanan PRK itu sendiri seperti isu kecacatan e-voting yang menyebabkan berlakunya server down atau ganguan teknikal selama tiga jam di Pusat Mengundi kolej Ke-3, Universiti Malaya. Juga isu pembinaan pondok panas pihak pentadbiran UKM yang jelas menjadi serampang dua mata mereka untuk merayu mahasiswa mengundi Aspirasi serta isu pengumuman undian di Pusat Penjumlahan Undi bagi Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina Tahun 3 yang tidak selari dengan pengumuman di tempat kira undi di kolej-kolej kediaman.

6. MPMN seterusnya mendesak semua pihak sama ada Pro Mahasiswa ataupun Aspirasi, yang menjadi mangsa pencabulan peraturan PRK oleh pihak Universiti, untuk membuat laporan perbuatan yang tidak sah (unlawful) itu kepada pihak yang sepatutnya seperti termaktub dalam buku peraturan perjalanan PRK di kampus-kampus masing. Sekiranya ia tidak berjaya dan pihak tersebut menafikan keadilan yang sepatutnya diberikan, maka mereka yang dinafikan haknya ini boleh menggunakan altenatif lain seperti mengadakan sidang media dan mendedahkan ketempangan yang berlaku. Juga boleh membuat laporan polis dan memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan satu perintah deklarasi bahawa PRK yang dijalankan adalah tidak sah dan terbatal mengikut undang-undang yang digubal universiti serta bercanggahan dengan konsep keadilan asasi (nature of law). Walaupun tindakan ini akan dikatakan sebagai tidak mustahak dan membazirkan masa, tetapi ianya adalah penting kerana pihak yang melakukan kezaliman perlu diadili mengikut pentadbiran keadilan di Negara ini.

7. MPMN juga turut kesal dengan sikap Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 januari lalu yang telah membatalkan kemenangan 7 calon Pro Mahasiswa atas tuduhan berkempen secara berkumpulan dalam laman sosial Facebook. Bagi MPMN, tindakan pihak UPM jelas satu tindakan zalim dan menyalahgunakan kuasa kerana mereka tidak memanggil ketujuh-tujuh mahasiswa itu untuk membela diri. Jelas satu tindakan yang berat sebelah kerana mahasiswa terbabit dinafikan hak untuk membela diri (right to be heard). Tiada perbicaraan diadakan dan hukuman dijatuhkan berdasarkan anggapan semata-mata, bukannya hujahan undang-undang yang benar.

8. Maka MPMN mendesak ketujuh-tujuh mahasiswa terbabit untuk menfailkan kes mereka di mahkamah dan membuat semakan kehakiman terhadap tindakan UPM ini. Walaupun ia dilihat satu perkara kecil dan tidak perlu dibawa ke mahkamah, tetapi ia sebenarnya adalah satu pencabulan hak asasi. Sedangkan orang yang mengalami kemalangan kecil akan membawa tuntutan mereka ke mahkamah, inikan pula warganegara Malaysia yang bergelar mahasiswa, yang dizalimi dan dinafikan hak asasinya oleh pihak universiti yang mengamalkan undang-undang rimba (the laws of jungle) ini.

9. Selanjutnya, MPMN turut kesal dengan sikap Menteri bertanggungjawab, Dato’ Seri Khaled Nordin  yang bersikap angkuh dan diktator kerana menempelak mahasiswa yang menuntut demokrasi tulen dilaksanakan di kampus-kampus. Kenyataan Menteri terbabit yang meminta pihak Universiti tidak melayan tuntutan mahasiswa yang dizalimi, jelas satu sikap pemimpin kuku besi dan tidak layak menjaga kementrian yang dipenuhi oleh cendiakawan-cendiakawan dan mahasiswa yang merupakan pelapis kepimpinan masyarakat. Justeru, MPMN mendesak Khaled Nordin meletak jawatan secara terhormat dan digantikan dengan Timbalan beliau, Dato’ Saifuddin Abdullah yang lebih terbuka dan pro demokrasi. Perlantikan Dato’ Saifuddin Abdullah dilihat akan ‘menyegarkan’ kembali dunia pengajian tinggi dan seterusnya membenihkan kembali demokrasi buat para mahasiswa itu sendiri.  
10. Akhirnya, MPMN ingin melihat agar medan kampus dijadikan batu loncatan untuk melahairkan pemimpin masyarat yang benar-benar dapat memacu negara ini ke arah yang lebih berjaya berbanding hari ini. Melalui PRK inilah, maka pembinaan negara bangsa yang berjaya dapat direalisasikan. Jangan biarkan mahasiswa menjadi anti demokrasi, sekiranya kezaliman dan penyalahgunaan kuasa terus dilakukan oleh pihak berkuasa Universiti.  Mahasiswa Malaysia sebenarnya tidak teragak-agak untuk mencontohi mahasiswa Indonesia dan Thailand, sekiranya mahasiswa terus diasak dengan kezaliman bertubi-tubi oleh pihak yang memerintah. Demontrasi jalanan, adalah merupakan pilihan terakhir mahasiswa bagi membetulkan kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi di negara ini.

MAHASISWA PENDIDIK, CAKNA KEBAJIKAN

Kemenangan yang Bermakna buat Mahasiswa Pendidik

Friday, January 29th, 2010 | semasa | No Comments

Assalamualaikum….

Alhamdulillah, pertama sekali dan selama-lamanya marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih diberi dua nikmat yang besar yakni nikmat Islam dan nikmat iman. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang telah memberikan seluruh kehidupan Baginda untuk meninggi dan memperkasakan agama Allah serta para sahabat Nabi SAW dan orang yang mengikut jejak langkah mereka sepanjang zaman.

Setelah seminggu tempoh berkempen pilihanraya kampus di UPSI berlalu, maka sampailah detik yang dinantikan iaitu hari pengundian pada 28 Januari 2010. Proses pengundian berjalan dengan lancar dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Pada Pilihanraya Kampus kali ke-12 ini, seramai 7 orang Mahasiswa Pendidik bertanding untuk merebut Ahli Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010. Tepat jam 5.10 petang, keputusan telah diumumkan dan  calon-calon mahasiswa pendidik telah memberikan saingan yang sengit kepada calon-calon Pimpinan Bitara konon jelah. Daripada 7 orang calon Mahasiswa Pendidik, seramai 6 orang dapat merebut kerusi dan seorang lagi syahid dalam perjuangan ini. walau bagaimanapun, segala puji bagi Allah kerana memberi kemenangan kepada Mahasiswa Pendidik untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Syariat Allah SWT.

Kemenangan ini amat diimpikan bagi memastikan Mahasiswa Pendidik dapat menjaga kebajikan semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Mudah-mudahan kemenangan ini menjadi langkah permulaan untuk kami meneruskan perjuangan ini. Justeru itu, kami Mahasiswa Pendidik mengharapkan semua mahasiswa UPSi dapat memberi sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang kami menjadi wakil anda dalam Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010. Terima kasih kepada semua kerana telah menyokong kami. Setakat ini dahulu coretan daripada insan yang kerdil ini. Semoga Allah memberkati kemenangan dan perjuangan ini. Saya menyeru kepada semua sahabat yang berjaya supaya banyakkan Istighfar kepada Allah semoga kemenangan ini akan dapat memberi kebaikan kepada semua. Insyaallah. Tahniah diucapkan kepada semua sahabat yang berjaya. semoga kita akan dberi kekuatan olehNya untuk terus berjuang bersama.

Bersama Fakulti Bahasa

Wednesday, January 27th, 2010 | mahasiswa | No Comments

Mahasiswa Pendidik Cakna Kebajikan

Tuesday, January 26th, 2010 | mahasiswa | No Comments

 Assalamua’alaikum

Mahasiswa-mahasiswi boleh cermati sebaiknya banner dan poster-poster saya. Teruskan bersama saya!

Mohd Amin Sidik calon mahasiswa pendidik bagi fakulti bahasa

Mahasiswa perlu cakna

Tuesday, January 26th, 2010 | semasa | No Comments

Assalamualaikum dan s

Biarpun masih hangat dalam suasana kempen, suka saya titipkan gagasan idea dan pandangan buat perkongsian semua. Saya yakin dan percaya pembaca juga mempunyai pandangan masing-masing tatkala diajak berbicara mengenai suara mahasiswa.

Mahasiswa adalah golongan yang di anggap kaum intelek muda yang di persiapkan untuk memegang tampuk kepimpinan, dengan segudang ilmu yang ditadah di bangku kuliah dan kemampuan intelektual yang lebih mereka dianggap sebenarnya mampu membawa kepada roda pemerintahan yang sebenar. Seiring kemajuan percaturan politik di Malaysia juga menyebabkan , banyak hal yang telah berubah dari mahasiswa, banyak polemik yang tergambar di dalamnya, kerana mulai di tanamkannya paham politik baru terhadap mereka, sehingga apa yang menjadi tongak perjuangan sudah tidak di pegang lagi.

Kisah perjuangan mahasiswa telah mendapat tempat dalam akhbar-akhbar luar negara. Kewujudan “Sudut Pidato” atau “Speaker Corner” pada 27hb. Mei, 1966 telah memberikan kesan yang besar dalam gerakan mahasiswa. Menjadikan sejarah sebagai rujukan dan pedoman yang sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya dalam meneruskan rentak rutin selaku mahasiswa.

Sesungguhnya pabila berbicara mengenai amanah yang dibawa sebagai calon majlis perwakilan pelajar bagi sesi 2010, saya pasti banyak perubahan dalam kepimpinan mpp perlu dipertingkatkan lagi. Dan pilihannya terletak pada mahasiswa untuk terus berani merubah.

Secara tuntasnya, kesedaran mahasiswa mengenai peranan dan tanggungjawabnya terhadap pembangunan masyarakat dan isu-isu kampus dan nasional berasaskan kepada kebenaran, keadilan dan kejujuran yang semakin dominan menyebabkan betapa peri pentingnya untuk mahasiswa-mahasiswa memilih pemimpin yang dirasakan punya kredibiliti untuk menjadi wakil anda.

Semuanya terletak di tangan anda. Bersuaralah bersama saya!

Mahasiswa Pendidik Cakna Kebajikan

Suara Baru Mahasiswa

Monday, January 25th, 2010 | semasa | No Comments

‘Mahasiswa Pendidik Cakna Kebajikan’

Renungkanlah kata-kata Bapak Mohamad Natsir, seorang tokoh cendikiawan Islam Nusantara yang hidup sezaman dengan Sukarno dan Hamka;

“ Bisa ada percetakan yang mampu mencetak mencetak pemimpin, pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah dan tutorial, tetapi tumbuh dari hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan-rakan seangkatan, lalu diangkat dan dijulang oleh ummat”

UNDILAH SAYA SEBAGAI WAKIL FAKULTI ANDA

Monday, January 25th, 2010 | Uncategorized | No Comments

Assalamualaikum.

Saya  Mohd Amin bin Mat Sidik,

Kos Pendidikan Bahasa Melayu

 semester enam (6).

Saya akan memperjuangkan kebajikan semua ahli yang bernaung di bawah fakulti bahasa.

Menifesto yang akan saya perjuangkan ialah Menjadi Medium Penghubung Yang Proaktif Antara Mahasiswa, Fakulti dan Universiti. Bukan sekadar menjadi medium penghubung malah saya akan suarakan segala permasalahan yang wujud di fakulti bahasa kepada pihak universiti. Selain itu juga, saya akan menjadi medium dalam menyampaikan maklumat yang berkaitan isu-isu pendidikan di fakulti kita.

Saya Yakin bahawa terdapat masalah-masalah yang wujud di fakulti bahasa. Saya juga telah mengenal pasti masalah tersebut untuk diperjuangkan. Masalah-masalah seperti kekurangan buku rujukan bagi bahasa Arab, Bahasa Cina, dan Bahasa Melayu akan disuarakan kepada pihak Perpustakaan UPSI bagi menambah bahan rujukan di Perpustakaan. Bagi mengenalpasti masalah-masalah yang wujud untuk diketengahkan oleh  mahasiswa kepada pihak Fakuti atau Pihak Universiti, saya akan mewujudkan satu kaunter aduan yang akan beroperasi dua minggu sekali. Tarikh dan masanya akan ditetapkan kemudian. Insyaallah, saya akan menunaikan serta merealisasikan menifesto saya ini sekiranya diberi kepercayaan dan mandat untuk menjadi wakil anda dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010.

Saya mengharapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di fakulti bahasa supaya beramai-ramai turun mengundi pada tarikh berikut :

Tarikh : 28 Januari 2010

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat Mengundi : Dewan KZ, KHAR, Bitara Siwa, Sitc, Bangunan IPSI….

MAHASISWA PENDIDIK, CAKNA KEBAJIKAN “

Tags:

Hello world!

Friday, January 22nd, 2010 | Uncategorized | 1 Comment

Welcome to UPSI Blogs. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Meta

Search