Peribahasa

hasil penyelidikan pada tahun 1980 yang belum disunting rapi
Sep 8

Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.

Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka sperti di hujung tanduk.

Jun 12

0301: Bagai ayam mengeram telur.

 

Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang.

 

Peribahasa ini adalah sama dengan peribahasa bernombor 300.  Oleh

itu saya tidak menghuraikannya.

 

 

0302: Bagai ayam naik ke surau.

 

Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.ÜjÜŒ

Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda.

 

Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik

Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak

mempelawanya minum.  Sehinggalah ia membuat keputusan untuk

balik, secawan air pun tidak dihidangkan.  Keadaan yang dialami

oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau.

 

 

0303: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor

bergelimang tahi.

 

Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam

kemelaratan.

 

Sama erti: 1.  Membasahkan garam sendiri.  2.Buah kedempung, di

luar berisi di dalam kosong. 

         

Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri

tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak

sempurna.  Caranya ini bagai ayam si tombong, kokok

berderai-derai, ekor bergelimang tahi.      

 

 

0304: Bagai ayam yang terkecundang.

 

Makna: Sangat ketakutan.

 

Sama erti: 1.  Malu berani, mati takut.  2.  Pelandok di cerang

rimba.   Dalam ketakutan dan gelisah.  3.  Jiwa bergantung di

hujung rambut.  4.  Bagai kambing dalam biduk.

 

Contoh: Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia juga

terlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut.  Ia

berasa takut kerana polis sedang  membuat penyiasatan pada kes

tersebut.    

 

 

0305: Bagai bajak wangkang makan diangkat.

 

Makna: Orang yang gemar dipuji.

 

Sama erti: 1.  Ditanam tebu di telinga,  berkembang bunga raya di

muka.  2.  Lemak manis pada dialah, pahit  maung pada orang.

 

Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh  beliau, pasti akan

diheboh-hebohkan kepada semua rakan-  rakannya.  Tindakannya

supaya ia mendapat pujian.   Sikapnya bagai bajak wangkang makan

diangkat.

 

 

 

0306: Bagai balak terendam.ÜjÜŒ

Makna: Orang gemuk yang malas bergerak.

 

Sama erti: 1.  Seperti badak berendam.  2. Seperti sumpit abu

ditegakkan.  3.  Bagai sumpit dientakkan.

 

Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkan  oleh Tina kerana dia

asyik tidur sahaja bila di dalam  bilik.  Badannya yang gemuk dan

malas ini  menjadikan ia  digelar bagai balak terendam.      

 

 

0307: Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk,  yang tinggal

anyir.

 

Makna: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah  pihak.

 

Sama erti:

 

Contoh: Ahmad dan Aminah telah lama bercinta  dan mereka telah

bersetuju untuk berkahwin.  Malangnya  hajat mereka tidak

dipersetujui oleh ibubapa mereka.  Ini  menyebabkan mereka lari

untuk pergi berkahwin di tempat  lain.  Tindakan mereka bagai

belacan dikerat dua; yang  pergi busuk yang tinggal anyir.

 

 

 

0308: Bagai beliung dengan asahan.

 

Makna: Tidak pernah berpisah.

 

Sama erti: 1.  Seperti belangkas.  2.  Bagai dakwat dengan

kertas.

 

Contoh: Sejak dari tahun pertama, mereka  sentiasa bersama-sama

ada ke kuliah atau untuk membuat  tugasan.  Keadaan mereka bagai

beliung dengan asahan.

 

 

 

0309: Bagai belut digetir (= diketil) ekornya.

 

Makna: Cepat sekali.

 

Sama erti: 1.  Pantasnya seperti kilat.  2.  Berabu.  3.  Bak

cetus api.   4.  Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).

 

Contoh: Pertandingan acara berlari semuanya  dibolot oleh Ali.

Kepantasa lariannya bagai belut  digetir.

 

 

 

0310: Bagai belut diregang.

 

Makna: Tinggi dan kurus.ÜjÜŒ

Sama erti: Cicak kobeng.

 

Contoh: Pasukan B berjaya berjaya di dalam  pertandingan bola

keranjang kerana terdapat seorang  pemain yangtinggi dan sentiasa

berjaya memasukkan gol.   Keadaan fizikalnya bagai belut

diregang.

 

 

      

0311: Bagai berkain tiga hasta.

 

Makna: Serba tak cukup (miskin).

 

Sama erti: 1.  Berkain tak cukup seblit  pinggang.  2.  Berkayuh

sampan bocor.  3.  Kain dibakar tiada berbau.  4.  Sudah dahaga

sampai pula telaga  kering.  5. Teranggit-anggit seperti rumput

di pintu.  6.  Tertelentang berisi air,  tertiarap berisi tanah.

7.  Telentang berbumbungkan langit,  meniarap berlantaikan tanah.

 

Contoh: Sejak kematian suaminya, mak limah  terpaksa bekerja

keras untuk menyara makan minum anaknya  yang ramai.  Keadaan

hidupnya sekarang bagai berkain tiga  hasta.

 

 

 

0312: Bagai bersahabat dengan ular.

 

Makna: Berkawan dnegna orang yang jahat.

 

Sama erti:

 

Contoh: Ali sudah pandai balik lewat malam dan  sudah pandai

melawan nasihat ibubapanya.  Sikapnya mula  beruabah sejak ia

berkawan dengan orang-orang di persimpangan kedai itu.  Pergualan

Ali ini bagai  bersahabat dengan ular, kerana perangai yang jahat

itu  dapat mempengaruhinya.

 

 

 

0313: Bagai berseru di padang pasir.

 

Makna: Seruan yang tidak diendahkan orang.

 

Sama erti: Seperti memekik di tengah padang  luas.

 

Contoh: Walaupun telah beberapa kali wakil  rakyat itu meminta

supaya penduduk di kawasan perumahan  itu bersatu untuk menjaga

keharmonian, tetapi tidak ada  kata sepakat dan tidak dipedulikan

sahaja.  Seruannya  bagai berseru di padang pasir.           

   

 

 

0314: Bagai bersumur di tepi rawa.ÜjÜŒ

Makna: Orang yang selalu cemburu.

 

Sama erti:

 

Contoh: Isteri Encik Ali sentiasa berada di  rumah sahaja.  Ia

tidak dibenarkan keluar oleh suaminya.   Sikap suaminya bagai

bersumur di tepi rawa.

 

 

 

0315: Bagai bertanak di kuali.

 

Makna: Terlalu murah hati hingga binasa kerananya.

 

Sama erti: 1.  Seperti pelita, membakar diri,  menyalankan orang.

2.  Seperti lilin membakar diri.  3.  Memerah kain basahan orang.

4.  Mengairi sawah orang.

 

Contoh: Keadaannya bagai bertanak di kuali,  kerana habis wangnya

telah digelapkan oleh wakil syarikat  yang kononnya hendak

meminjam.  Rupa-rupanya ia telah  menipu.

 

 

 

0316: Bagai bertandang ke rumah janda.

 

Makna: Bertemu ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa.

 

Sama erti: Bagai ayam naik ke surau (No. 302).   Oleh itu saya

tidak akan menghuraikannya lagi sebab sama.

 

Contoh:

 

 

 

0317: Bagai bertemu  (= makan) buah si malakamo :  dimakan mati

bapak, tidak dimakan mati ibu.

 

Makna: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;  dalam

keadaan yang serba salah.

 

Sama erti: 1.  Bagai memegang buah kepantangan  beruk : ditelan

mati emak, diluah mati bapa.  2.  Seperti Quran buruk : dibaca

tak boleh dipersebarang dosa.  3.  Digenggam takut mati,

dilepaskan takut terbang.  4.  Dikatakan mati emak, tak  dikata

mati bapak.  5.  Lalu hangus, surat layu,

 

Contoh: Keputusan yang terpaksa dibuat oleh  Suzi bagai bertemu

buah malakoma, dimakan mati bapak,  tidak dimakan mati ibu,

kerana ia akan melibatkan masa  depan dirinya dan nasih

keluarganya.     

 

ÜjÜŒ

0318: Bagai bertepuk sebelah tangan.

 

Makna: Cinta kasih yang tidak berbalas.

 

Sama erti:  1. Bertepuk sebelah tangan,  bersiul sambil menganga.

2.  Tepuk sebelah tangan tak akan  berbunyi.

 

Contoh: Gadis yang cantik itu telah menyebabkan  ramai orang

lelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikit  pun tidak dilayan.

Akibatnya mereka bagai bertepuk  sebelah tangan.

 

 

 

0319: Bagai buruk kena ipuh.

 

Makna: Mengeliat-geliut (kerana kesakitan).

 

Sma erti:  1.  Cengkeling  bagai ular kena palu.  2.  Bagai

cacing kepanasan.

 

Contoh: Mat mengidap penyakit  gastrik.   Sekiranya dia tersilap

makan, penyakit akan datang  menyebabkan ia tidak  dapat

menahannya  dan keadaannya  bagai beruk kena ipuh.    

 

 

 

0320: Bagai berumah di tepi tebing.

 

Makna: Selalu dalam kekuatiran.

 

Sama erti: 1.  Bagai telur di hujung tanduk.  2.  Menanti laki

pulang maling.

 

Contoh: Malim berasa kuatir kerana anaknya  sudah dua hari tidak

pulang ke rumah.  Semua kerjanya  tidak menjadi kerana kuatir

bagai berumah di tepi rawa.

 

      

 

0321: Bagai besi dengan penamban.

 

Makna: Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.

 

Sama erti: 1.  Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang

tembus-menembus.  2.  Kalau langit hendak menimpa  bumi, bolehkah

ditahan dengan  telunjuk.  3.  Seperti tepung di tangan

pengadun.

 

Contoh: Pada zaman penjajahan Jepun, semua  orang takut dengan

cara pemerentahan mereka.  Keadaan ini  bagai besi dengan

penamban.

 

ÜjÜŒ

0322: Bagai biawak mengulangi bangkai.

 

Makna: Lelaki yang suka pergi ke tempat orang jahat.

 

Sama erti: 1. Seperti anjingh mengulangi  bangkai. 2. Lalat

langau  mengerumuni  bangkai.

 

Contoh:

 

 

 

0323: Bagai buah keras di dalam sekul.

 

Makna: Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah.

 

Sama erti: 1.  Seperti bertih direndang.  2.Menggerutu sbagai

buluh diperun.

 

Contoh: Sejak dari tadi Min tidak berhenti-  henti becakap.

Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buah  keras di dalam sekul

amat sukar difahami.

 

 

 

0324: Bagai budak menyapu ingus.

 

Makna: Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Sama erti: 1.  Laksana  kedidi : di mana pantai

tercunggit-cunggit.  2.  Seperti cicak makan kapur.

 

Contoh: Ada tetamu yang tersinggong tangan  Aminah, menyebabkan

cawan yang dipegangnya terjatuh  semasa majlis jamuan itu

diadakan.  Walaupun bukan salah  dirinya tetapi ia rasa sangat

malu bagai budak menyapu  ingus.   

 

 

 

0325: Bagai bulan empat belas.

 

Makna: Kecantikan wajah seorang wanita.

 

Sama erti: 1.  Seperti emas baru disepuh.  2. Bagai janda baru

bangun tidur.   3.  Serupa bulan penuh. 4.  Serupa burak.

5.  Seperti kelopak pandan.

 

Contoh: Semua pakaian yang digayakan olehnya  kelihatan sangat

menarik.  Bukan sahaja kerana rekabentuk  itu yang menarik tetapi

kerana kecantikan wajahnya bagai  bulan empat belas.

 

 

 

0326: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.ÜjÜŒ

Makna: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana  hendak

berjalan.

 

Sama erti: 1.  Seperti penjajap berpaling  hendak hilir.

2.  Bagai cacing gila.

 

Contoh: Hampir dua jam aminah bersolek, bila ia  hendak pergi

berjalan.  Kecantikannya selalu mendapat  perhatian di luar.

Dirinya bagai bulan penuh mengambang  di kaki awan.   

                         

               

  

0327: Bagai buntal kembung.

 

Makna: Bodoh dan sombong.

 

Sama erti: 1.  Beriak tanda dalam, bergoncang  tanda tak penuh.

2. Bagai tagar di Pulau Sembilan. 

 

Contoh: Mak Limah selalu bersungut kerana  anaknya selalu membuat

silap semasa kiraan dalam  perniagaan.  Bila diajar tidak diambil

peduli.  Perangai  anaknya bagai buntal kembung.   

 

         

                

0328: Bagai bunyi cempedak jatuh.

 

Makna: Bunyi jatuh yang sangat kuat.

 

Sama erti:   

          

Contoh: Mak Timah terpijak kulit pisang yang  dibuang oleh

cucunya menyebabkan ia terjatuh.  Badannya  yang besar

menyebabkan bunyi jatuhnya sangat kuat bagai  bunyi cempedak

jatuh.

 

 

        

0329:  Bagai bunyi orang dikoyak harimau.

 

Makna: Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat.

 

Sama erti: 1.  Berjerit-jerit seperti kucing biang.  2.  Seperti

kuang memekik di  puncak gunung.  3.Bagai halilintar membelah

bumi.    

 

Contoh: Zaiton sentiasa berhati-hati dalam  membuat kerja-kerja

rumah supaya emaknya tidak marah.  ia  berasa malu sekiranya

dimarahi oleh emaknya yang  mempunyai suara terlalu kuat bagai

bunyi orang dikoyak  harimau.

 

 

ÜjÜŒ0330: Bagai bunyi perempuan di air.

 

Makna: Ramai (= riuh) sekali.

 

Sama erti: 1.  Bagai keling karam.   2.  Bagai ombak purus.

 

Contoh: Bagai bunyi perempuan di air, apabila  keluarga Encik

Seman berkumpul pada hujung minggu.  Anak  cucunya yang ramai

menjadikan rumahnya sangat bising.

 

 

 

0331: Bagai bunyi siamang kenyang.

 

Makna: Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat

kesenangan.

 

Sama erti  1.  Seperti gadis jolong bersubang,  bujang jolong

berkeris.  2.  Seperti si buta mendapat  tongkat, dipukulkan buta

tuli.

 

Contoh: Che Mat selalu menghebab-hebahkan  bagaimana caranya ia

beroleh kesengan sekarang ini.   Sikapnya bagai siamang kenyang.

 

 

 

0332: Bagai cacing gila.

 

Makna: Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.

 

Sama erti: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.

 

Contoh: Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacing

gila.  Dia mesti bertindak tegas  terhadap sikap isterinya yang

suka bertandang ke rumah  orang.

 

      

 

0333: Bagai cacing kena air panas.

 

Makna: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu  dan

lain-lain).

 

Sama erti: 1.  Bagai kucing hendak beranak.  2. Terloncat-loncat

bagai ulat  pinang.  3. Seperti kucing  di atas  titian. 

4.  Kera kena belacan.

 

Contoh: Berita kemalangan yang menimpa  keluarganya menyebabkan

dia tidak dapat berbuat apa-apa.   Keadaannya bagai cacing kena

air panas, hingga terpaksa  orang lain memujuknya supaya

bersabar.          

        

                

        ÜjÜŒ0334: Bagai cembul dapat tutupnya.

 

Makna: Sangat sesuai.

 

Sama erti: 1.  Bagai dulang dengan tudung  saji.  2.  Seperti

telap dengan tutupnya.  3.  Bagai kunyit dengan kapur.  4.  Bagai

pinang dibelah dua.  5.  Bagai lepat dengan daun.  6. Bersua

beliung dengan sangkal.

 

Contoh: Kata orang bagai cembul dengan tutupnya  kepada pasangan

pengantin itu kerana sama-sama bijak dan  cantik.

 

 

 

0335: Bagai dakwat dengan kertas.

 

Makna: Tidak pernah bercerai; sangat cocok.

 

Sama erti: 1.  Bagai isi dengan kuku.  2.  Bagai beliung dengan

asahan.  3.  Diuji sama merah, ditahil sama  berat.  4.  Laksana

terung bertunang ikan  kering.  5.  Seperti belangkas.

 

Contoh: Kebanyak pelajar menggelar mereka bagai  dakwat dengan

kertas kerana mereka sentiasa bersama sejak  dari tahun pertama

hingga ke tahun keempat.

 

 

 

 

0336: Bagai dekan di bawah pangkal buluh.

 

Makna: Pandai menyembunyikan rahsia.

                                   

Sama erti: 1.  Telan batu.  2. Memakan habis-habis, menyuru

hilang.  3.  Membuhul jangan membuku,  mengulas jangan mengesan.

4.  Menyuruk hilang-hilang, memakan  habis-habis.

 

Contoh: Setelah seminggu kes pembunuhan itu  berlaku, barulah

masyarakat di Segamat mengetahui bahasa  Zain juga terlibat dalam

kes itu.  Sikap selama-lamanya  ini bagai dekan di bawah pangkal

buluh.

 

 

 

0337: Bagai denai gajah lalu.

 

Makna: Pekerjaan atau kejadian benar yang payah hendak

disembunyikan.

 

Sama erti: 1.  Kalau tak ada angin, pohon tak  akan bergoyong.

2.  Bagai kelip-kelip terbang  malam.  3.  Seperti ditempuh gajah

lalu.  4.  Mana busuk yang tidak berbau.

 

Contoh: Kejayaan Encik Amin mencipta kaki palsu  untuk anaknyaÜjÜ
telah diketahui di seluruh negeri.   Walaupun ia tinggal di luar

bandar tetapi kejayaannya  bagai denai gajah lalu.

 

 

 

0338: Bagai diikat dengan sehasta tali.

 

Makna: Dalam keadaan yang sangat terbatas.

 

Sama erti: 1.  Seluas dada tuma.  2.  Seperti ikan dalam belat.

 

Contoh: Undang-undang yang dikenakan kepada  sekolah pemulihan

akhlak itu sangat ketat.  Ini  menyebabkan penghuninya merasa

pergerakan mereka sangat  terbatas bagai diikat dengan sehasta

tali.

 

 

 

0339: Bagai diiris dengan sembilu.

 

Makna: Pedih sekali rasa hatinya.

 

Sama erti: 1.  Seperti pedang bermata dua.  2.  Kena parang

bermata dua.  3.  Tertarung kaki boleh diinai,  tertarung hati

susah ubatnya.

 

Contoh: Hati mak Temah bagai diiris dengan  sembilu, apabila

mendengar sindiran dari orang kampung  kerana perbuatan jahat

anaknya.

 

 

 

0340: Bagai dirahap kain basah.

 

Makna: Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar kabar  berita

atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri.

 

Sama erti:

 

Contoh: Kemalangan ngeri yang berlaku di depan  mata Zain

menyebabkan ia terkejut dan terus pengsan.   Situasi yang

dialaminya bagai dirahap kain basah.

 

 

0341: Bagai ditembak putus tunggal.

 

Makna: Dialahkan oleh orang yang bodoh.

 

Sama erti: Dientak ulu luncung.

 

Contoh: Bagai ditembak putus tunggal, apabila  ia kalah dalam

perdebatan itu.  Sedangkan ia seorang  pegawai yang bijak, tetapi

tidak tahu mempraktikkan  sesuatu, manakala orang kampung yang

bodoh tahu  membuatnya.Üj[1]ÜŒ

 

 

 

0342: Bagai diurap dengan daun katung-katung.

 

Makna: Sangat marah.

 

Sama erti: 1.  Rasa pedih cuping telinga.  2.  Panas hati.

 

Contoh: Bagai diurap dengan daun katung-katung  apabila di

dituduh mencuri.  Oleh itu dia berusaha untuk  membuktikan

kebenaran yang di tidak mencuri.

 

      

 

 

0343:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

 

0344: Bagai duri dalam daging.

 

Makna: Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan  hati.

 

Sama erti:

 

Contoh: Bagai duri dalam daging pada diri Encik  Seman sekiranya

kakitangan syarikatnya tidak bekerja  dengan betul-betul.

Keadaan ini amat diperhatikan supaya  ia tidak mengalami kerugian

dalam perniagaannya.

 

 

 

0345: Bagai emak mandul baru beranak.

 

Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu  amat.

 

Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. 

2.  Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.  3.  Seperti

gerup dengan sisir.  4.  Selapik seketiduran, sebantal sekalung

hulu.  5.  Kasih sepantun tulisan pinggan.

 

Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anak  angkat telah berjaya.

Puan Aminah terlalu gembira bagai  emak mandul  baru beranak

sahaja tingkahlakunya.

          ÜjÜŒ

 

0346: Bagai hempedu lekat di hati.

 

Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau

berkasih-kasihan).

 

Sama erti: 1.  Seperti keroncor dengan  belangkas.  2.  Seperti

api dengan asap.  3.  Sebagai aur dengan tebing.  4.  Berjarak

serasa hilang,  bercerai serasa mati.

 

Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan mereka  bagai hempedu

lekat di hati kerana tidak pernah berpisah.

 

 

 

0347: Bagai enau  dalam belukar, melepaskan pucuk  masing-masing.

 

Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.

 

Sama erti: 1.  Siapa lu, siap gua.  2.  Nafsu, nafsi.

 

Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapat  semasa dalam

perbincangan sekiranya sama masalah yang  wujud.  Apa yang ia

tahu akan disimpannya.  Sikapnya  bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing.   

 

 

 

 

0348: Bagai gadis jolong menumbuk.

 

Makna: Rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Sama erti: 1.  Bagai semut penghimpun melukut.   2.  Seperti

anai-anai makan kayu.  3.  Lurah diturun, bukit didaki.  4.

Cepat kaki ringan tangan.  5.  Ringan tulang.

 

Contoh: Cuma tinggal dua bulan sahaja lagi  untuk menghadapi

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.   Masa yang sudah singkat

ini telah dipenuhi dengan  mengulangkaji pelajarannya

bersungguh-sungguh dan pergi  ke kelas tambahan.  Aktiviti

seharian dan kerjanya bagai  gadis jolong menumbuk.      

 

 

0349: Bagai gagak menggonggong telur.

 

Makna: 

 

Sama erti: 1. Perempuan hodoh berpakaian bagus.  2. Tunggul itu

kalau dipakaikan elok  juga.  3. Laksana dara baru bangun tidur.

 

Contoh: Walaupun majlis  itu diadakan untuk  pegawai tetapi

didapati ada perempuan yang bagaikan gagak  gonggong telur.Üj[1]ÜŒ

 

 

0350: Bagai galah dijual.

 

Makna: Terlalu miskin.

 

Sama erti: 1. Seperti  kain buruk dibakar tak berbau.  2. Duduk

dengan sukatan.

 

Contoh: Kami sungguh bersimpati dengan mereka  yang hidup bagai

galah dijual tetapi elok sekiranya  mereka membuang tabiat yang

buruk itu sebelum diberi  bantuan.

 

 

 

0351: Bagai galah di tengah arus.

 

Makna: Selalu berkeluh kesah.

 

Sama erti: 1. Seperti kodok ditimpa kemarau.  2. Seperti air di

dalam kolam.

 

Contoh: Kesempitan hidup menyebabkan mereka bagai galah di tengah

arus dan tidak berkesempatan  langsung untuk bersuara menentang

pihak yang berkuasa.

 

 

 

 

0352: Bagai gelegar buluh.

 

Makna: Bercakap besar.

 

Sama erti: 1. Laksana meriam buluh.  2. Seperti  ilmu padi hampa,

makin lama makin mencongak.  3. Seperti ular menyusur akar tiada

hilang bisanya.

 

Contoh: Biar pun ia telah diberi amaran oleh  pihak polis tetapi

suaranya masih lantang bagai gelegar  buluh.

 

 

 

0353:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

0354: Bagai geluk tinggal di air.ÜjÜŒ

Makna: Orang yang melarat hanya harapkan bantuan orang  lain.

 

Sama erti:  Sauk air mandikan diri.

 

Contoh: Negara lain patut memberi bantuan kepada penduduk Afrika

yang hidup bagai geluk tinggal di air setelah dilanda kemarau

panjang.

 

 

 

0355: Bagai gembala diberi keris.

 

Makna: Pemberian yang tidak berfaedah.

 

Sama erti:  Seperti kera dicampak bunga.

 

Contoh: Pemerintahan kejam yang diberi bantuan oleh kuasa besar

sangat merugikan bagai gembala diberi keris kerana ia gagal

memberi kemudahan kepada rakyat.

 

 

 

0356: Bagai getah dibawa ke semak.

 

Makna: Perkara yang semakin kusut dan sukar diselesaikan.

 

Sama erti: Seperti kain kasa di atas duri.

 

Contoh: Sengketa di Indo-China telah menjadi rumit bagai getah

dibawa ke semak kerana campur tangan kuasa-kuasa besar.

 

 

 

0357: Bagai gulai lengkitang.

 

Makna: Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan

yang ada padanya hilang.

 

Sama erti: Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira.

 

Contoh: Usahanya untuk membersihkan diri berakhir bagai gulai

lengkitang apabila kebaikan yang dilakukannya dianggap oleh orang

ramai sebagai muslihat mencari simpati.

 

 

 

0358: Bagai hantu makan dedak.

 

Makna: Bersungut dengan tak tentu sebabnya.

 

Sama erti:  1. Seperti anjing mengunyah tulang.  2. Seperti murai

cabut ekor.

ÜjÜŒContoh: Regim Bortha yang telah kehilangan sokongan negara maju

telah merungut bagai hantu makan dedak apabila mengalami

kesulitan ekonomi.

 

 

 

0359: Bagai harimau beranak muda.

 

Makna: Orang perempuan yang terlalu bengis.

 

Sama erti: Seperti harimau lepas tangkap.

 

Contoh:  Bagai harimau beranak muda itu telah menyebabkan ia

menghadapi kesukaran untuk bersuami.

 

 

 

0460: Bagai haruan di dalam tuar.

 

Makna: Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah.

 

Sama erti:  Seperti kura-kura terlentang.

         

Contoh: Semenjak kebelakangan ini kehidupannya bagai haruan di

dalam tuar akibat perbuatannya yang mendorong anaknya

meninggalkan dia.

 

 

 

0461: Bagai ikan lampam diolak jamban.

 

Makna: Anak yang subur tumbuhnya, lekas besar dan tinggi.

 

Sama erti: 1.  Seperti birah tumbuh di tepi lesung.  2.  Kurus

kering seperti bayang, siapapun tidak menaruh sayang.

 

Contoh: Walaupun hidupnya miskin, anak peliharaannya sihat bagai

ikan lampam diolak jamban dan mempunyai kepintaran seperti anak

orang lain.

 

 

 

 

0362: Bagai elak bercerai dengan benang.

 

Makna: Bercerai untuk selama-lamanya.

 

Sama erti: 1. Berpatah arang berkerat rotan.  2. Seperti isi

dengan kuku.

 

Contoh: Setelah kematian ibunya, Abu dan Ali telah membawa diri

masing-masing dan perpisahan itu bagai  elak bercerai dengan

benang.

ÜjÜŒ

 

0363: Bagai inai dengan kuku.

 

Makna: Hubungan sangat karib.

 

Sama erti: 1.  Bagai isi dengan kuku.  2.  Seperti gerup dengan

sisir.  3.  Bagai elak bercerai dengan benang.

 

Contoh: Biarpun mereka berdua baru sahaja bertemu tetapi hubungan

mereka rapat bagai inai dengan kuku.

 

 

 

0364: Bagai itik pulang petang.

 

Makna: Berjalan lambat dan lembam.

 

Sama erti: 1. Lenggang lenggok bagai cupak  hanyut.  2. Seperti

lipas kudung.

 

Contoh: Badannya yang berisi dan gebu itu menyebabkan perempuan

muda itu berjalan bagai itik pulang petang.

 

 

 

0365: Bagai jampuk kesiangan hari.

 

Makna: Kebingungan, termenung-menung.

 

Sama erti: 1. Seperti rusa masuk kampung.  2. Seperti kera dapat

pisang.

         

Contoh: Ia tidak sepatutnya kebingungan bagai jampuk kesiangan

hari sewaktu menerima keputusan peperiksaan yang mengecewakan itu

kerana ia tidak  berusaha bersungguh sebelum peperiksaan

tersebut.

 

 

 

0366: Bagai jawi belang puntung: didulukan ia menyepak,

dikemudiankan ia menanduk.

 

Makna: Orang bodoh yang sukar diajak berunding.

 

Sama erti: 1. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya

disondol.  2. Aku alah, engkau tak menang.  3. Bagai jawi ditarik

keluar.

 

Contoh: Ketua Kampung Paya menghadapi masalah apabila berunding

dengan anak buahnya yang dianggap bagai jawi belang puntung:

didulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk.

 

ÜjÜŒ

0367: Bagai jawi ditarik keluar.

 

Makna: Menurut dengan tidak membantah.

 

Sama erti: 1. Laksana lembu kisi, galak sahaja  tak melawan.

2. Umpama memerah nyiur, santan  diambil, ampas dibuang.

 

Contoh: Cikgu Ali tidak menghadapi masalah  untuk menasihati

muridnya di darjah tiga kerana mereka  bagai jawi ditarik keluar.

 

 

 

0368: Bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan.

 

Makna: Tiap perkara itu dirunding masak-masak sebelum          

dikerjakan.

 

Sama erti: 1.  Sepuluh kali ukur sekali kerat.  2.  Walau ada

umpan belum tentu ada ikan.

 

Contoh: Usaha Persatuan Pendidikan untuk mengadakan simposium

mengenai KBSM sangat dialu-alukan dan untuk menjamin kejayaan ia

perlu penelitian seperti kata orang bagai jawi makan, dimamah

dahulu baru ditelan.

 

 

 

0369: Bagai jawi terkurung siang.

 

Makna:  Sangat gelisah kerana tidak bebas.

 

Sama erti: 1. Seperti kucing di atas titian.  2. Seperti kumbang

putus tali.

 

Contoh: Ramai penghuni asrama itu gelisah bagai jawi terkurung

siang kerana mereka dilarang keluar pada waktu malam.

 

 

 

 

0370:  Bagai jelongak kerbau rampung.

 

Makna: Orang hodoh yang sombong, tak sedar dirinya          

dibodohi orang.

 

Sama erti: 1. Buruk tak tahu akan hinanya.  2. Seperti sang

kancil.

 

Contoh: Mereka tidak ubah bagai jelongak kerbau rampung, biarpun

telah dinasihati tetapi sikapnya tidak berubah.

 

 

ÜjÜŒ0371: Bagai kacang direbus satu.

 

Makna: Melonjak kegirangan kerana mendapat untung.

 

Sama erti: 1. Sebagai kera mendapat pisang.  2. Pasang pelita

dilanggar tikus.

 

Contoh: Penyokong pasukan negara kita melonjak kegirangan bagai

kacang direbus satu apabila pasukan  negara berjaya menewaskan

pasukan lawan.

 

 

 

0372: Bagai kacang direndang.

 

Makna: Bunyi suara yang tak putus-putus.

 

Sama erti: 1. Kecek bagai bunyi merendang kacang.  2. Seperti

bertih direndang.  3. Seperti tabuhan di dalam tukil.

 

Contoh: Apabila pihak musuh melepaskan tembakan  maka berlakulah

pertempuran sengit dan bunyi senapang  bagaikan kacang direndang.

 

 

 

0373:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

0374: Bagai kambing di dalam biduk.

 

Makna: Sangat ketakutan.

 

Sama erti: 1. Seperti kambing dengan harimau.  2. Bagai tikus

nampak kucing.  3. Umpama orang memelihara dirinya  di dalam

lebah.

 

Contoh: Pak Ali ketakutan bagai kambing di  dalam biduk apabila

disergah oleh askar Jepun yang  lengkap bersenjata.

 

 

 

0375:

 

Makna:

 

Sama erti:

ÜjÜŒContoh:

 

 

 

0376: Bagai kambing dihalau ke air.

 

Makna: Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.

 

Sama erti: 1.  Kambing di parak panjang  janggutnya, hati enggan

banyak  jawabnya.  2.  Pipit pekak makan berhujan.  3. Abu     

tetap berdegil bagai   kambing dihalau ke air,  walaupun dipaksa

oleh anggota  tentera yang berkawal di  kawasan itu.  4.  Tingkah

laku seperti anak-anak.  5.  Akal sebagai makan nasi lecek.  6.

Katak hendak jadi lembu.

 

Contoh: Walaupun mereka telah sampai ke pusat  pengajian tinggi

tetapi ada setengah daripada mereka yang  menunjukkan tingkahlaku

bagai kambing harga dua kupang.

 

 

 

0377:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

0378:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

0379:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

0380: Bagai kambing menanduk bukit, tanduk patah  bukit tak

runtuh.

ÜjÜŒMakna: Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

 

Sama erti: 1. Seperti anjing menyalak bukit.  2. Seperti

layang-layang menentang angin. 3. Sedikit tekun lama-lama menjadi

bukit.

 

Contoh: Dia telah beberapa kali diberi nasihat  supaya jangan

mengganggu peniaga kecil itu kerana  perbuatannya itu bagai

kambing menanduk bukit, tanduk  patah bukit tak runtuh.

 

 

0381: Bagai kapak naik cerana.

 

Makna: Tak cukup alat untuk kerjakan sesuatu.

 

Sama erti: 1.  Seperti kapak naik pemidangan.  2.  Sampan ada

pengayuh tiada.  3.  Usul-usul, asal-asal, asal  jangan

ditinggalkan.

 

Contoh: Kerja itu telah dirancang dengan baik  tetapi oleh kerana

kekurangan alat telah menjadikan ia  bagai kapak naik cerana.

 

 

 

0382: Bagai kayu lampung, ditebuk kumbang tebus-  menebus.

 

Makna: Orang lemah mudah dianiaya oleh orang berkuasa.

 

Sama erti: 1. Seperti gajah masuk kampung.  2. Seekor cacing

menelan naga.

 

Contoh: Tidak ada faedahnya menentang mereka kerana kita bagai

kayu lampung, ditebuk kumbang tebus-menebus, ditambah pula kita

tidak bersatu di dalam menjalankan sesuatu tindakan.

 

 

 

0383:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

0384: Bagai kelip terbang malam.

 

Makna: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.

 

Sama erti: 1. Bangkai gajah bolehkan ditutup  dengan nyiru.

2. Biar pecah di perut jangan pecah  di mulut.

ÜjÜŒContoh: Perbuatannya hendak menyembunyikan  rahsia itu sia-sia

sahaja kerana perkara seperti itu  bagai kelip-kelip terbang

malam dan tidak perlu  disembunyikan.

 

 

 

0385: Bagai keluang bebar petang.

 

Makna: Ramai berkerumun, suka hidup beramai-ramai.

 

Sama erti: 1. Seperti semut dengan gula.  2. Bagai enau di

belukar.

 

Contoh:  Sikap anak-anak muda yang suka  berkerumun apabila  ada

pesta tidak ubah bagai keluang  bebar petang walaupun pesta itu

diadakan di tempat yang  jauh.

 

 

 

0386: Bagai kena sentung pelali.

 

Makna: Gadis yang tidak mahu bersuami.

 

Sama erti: Sayang bunga layu di pohon.

 

Contoh: Usaha Razali untuk mengahwini gadis itu  sia-sia sahaja

kerana gadis itu bagai kena sentung pelali  setelah gagal di

dalam percintaan yang pertama.

 

 

 

0387: Bagai kera diberi kaca.

 

Makna: Mendapat sesuatu yang tidak dapat digunakan.

 

Sama erti: 1. Memberi cermin kepada kera.  2. Bagai si kudung

beroleh cincin.

 

Contoh: Sia-sia membina Balai Raya di setengah  kampung yang

penduduknya sangat mundur kerana pemberian  tersebut bagai kera

diberi cincin.

 

 

0388: Bagai kerakap tumbuh di batu.

 

Makna: Hidup di dalam kemelaratan.

 

Sama erti:  Runcing telunjuk palit sambal lada.

 

Contoh: Kehidupan orang-orang pelarian  Kampuchea bagai kerakap

tumbuh di batu selepas tempat  perlindungan mereka diserang oleh

tentera Vietnam  beberapa kali.

 

ÜjÜŒ

0389: Bagai kerbau runcing tanduk.

 

Makna: Orang yang sudah terkenal kejahatannya.

 

Sama erti: 1. Runcing tanduk bongkah kening.  2. Adakah buaya

menolak bangkai?

 

Contoh: Walaupun saya telah mengetahui tentang  kejahatannya

bagai kerbau runcing tanduk tetapi saya  masih yakin ia boleh

menjadi orang yang baik sekiranya  ada orang yang mahu mamahami

jiwanya.

 

 

 

0390: Bagai kerbau terkejut oleh gong.

 

Makna:

 

Sama erti: 1. Tercengang-cengang kehairanan.  2. Seperti rusa

masuk kampung.  3. Bagai kucing lepas senja.

 

Contoh: Apabila tiba di Kuala Lumpur, orang tua  itu

tercengang-cengang bagai kerbau terkejut oleh gong  kerana

berlaku perubahan yang pesat terhadap bandar Kuala  Lumpur.

 

 

 

0391:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

0392: Bagai kinantan hilang taji.

 

Makna:         

 

Sama erti: 1.  Tiada berharga lagi.  2.  Santan ke pasu ampas pun

ke  tanah.

 

Contoh: Setelah didakwa dan didapati bersalah  oleh mahkamah Ahli

Yang Berhurmat itu bagai kinatan  hilang taji kerana orang ramai

telah tidak percayakan dia  lagi.

 

 

 

0393: Bagai kuau mengigal.

 

Makna: Kehebatan rupa seseorang.ÜjÜŒ

Sama erti: 1.  Seperti merak mengigal.  2.  Seperti emas baru

disepuh.

 

Contoh: Orang ramai terpesona melihat rupanya yang bagai kuau

mengigal hingga suasana yang riuh rendah  bertukar menjadi senyap

dan sunyi.

 

 

 

0394: Bagai kucing dengan panggang.

 

Makna:  Perkara yang menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik

kalau didekatkan.

 

Sama erti: 1. Bagai api dengan rabuk. 2. Umpama minyak setitik,

di laut  sekalipun timbul juga..

 

Contoh: Awak telah menjadikan mereka bagai  kucing dengan

panggang kerana budak lelaki itu sudah  terkenal dengan perbuatan

maksiat dan pantang jumpa budak  perempuan.

 

 

 

0395: Bagai kucing dibawakan lidi.

 

Makna: Sangat ketakutan.

 

Sama erti: 1. Seperti kucing dibawakan penyapu.  2. Bagai kambing

dengan harimau.  3. Umpama orang pelihara dirinya di  dalam

sarang lebah.

 

Contoh: Dia telah banyak kali buat kesalahan  hinggakan takut

bagaikan kucing dibawakan lidi apabila  bertemu dengan polis.

 

 

 

0396: Bagai kucing kehilangan anak.

 

Makna: Kehilangan akal, bingung.

 

Sama erti: Seperti kucing di atas titian.

 

Contoh: Selepas kematian anaknya yang dikasihi,  ia seolah-olah

jadi orang hilang akal dan kebingungan  bagai kucing kehilangan

anak.

 

 

 

0397: Bagai kucing lepas senja.

 

Makna:

 

Sama erti: 1. Sukar dicari, merasa senang.  2. Seperti kijangÜjÜ
lepas ke rimba.

 

Contoh: Sudah dua hari saya mencari dia tetapi  tidak berjaya

kerana di Kuala Lumpur ini dia suka merayau  bagai kucing lepas

senja.

 

 

 

0398:

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

 

0399: Bagai kucing menjemput api.

 

Makna: Yang tidak dikehendaki tidak tercapai, alat yang

digunakan untuk capai maksud itu pula hilang.

 

Sama erti: Lepas putih hitam tidak dapat.

 

Contoh: Bapanya telah banyak menghabiskan wang  untuk membiayai

pelajarannya di luar negeri tetapi usaha  bapanya itu bagai

kucing menjemput api;  wang habis  pelajaran anak tidak berhasil.

 

 

 

0400: Bagai kucing takut akan balur.

 

Makna: Lelaki yang takut kepada perempuan.

 

Sama erti: 1. Misai bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak

bunuh orang.  2. Jangan berkemudi di haluan.

 

Contoh: Di kedai kopi dialah pandai dan handal  tetapi di rumah

takut kepada isteri bagai kucing takut  akan balur.

Jun 10

0201: Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.

 

Makna: Cukup mempunyai segala yang diperlukan.

 

Sama erti: 1.  Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang  2.  Seperti ayam makan rumput. 3. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak.

 

Contoh: Kalau dia dibenar untuk meneruskan  pelajarannya bagi mencapai cita-citanya kenapa tidak anak  kita.  Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.   Semua syarat yang diperlukan

ada pada anak kita.

 

 

 

0202: Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir  atas bawah.

 

Makna: Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya.

 

Sama erti: 1.  Mata tahu memandang saja, bahu  juga yang tahu beratnya   2.  Bagai menyandang galas tiga.

 

Contoh: “Saya rasa kita perlu sediakan  peruntukan kewangannya dahulu kemudian baharulah kita  fikirkan besar mana majlis itu hendak diadakan.  Saya tak  mahu cadangan saja banyak tapi yang

mengerjakannya nanti  sedikit sahaja.  Maklumlah, apa payahnya menawakkan bibir  atas bawah.

 

 

0203: Apa payahnya mengoyangkan lidah saja.

 

Makna: Banyak janji tetapi tidak ditepati.

 

Sama erti:Lidah tiada bertulang (Shellabear,  1960).

 

Contoh: Apa payahnya menggoyangkan lidah saja!  modalnya hanya air liur.  Tetapi untuk melaksanakan kata-  kata itu, pasti timbul banyak masalahnya.

 

 

0204: Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan  habis.

 

Makna: Seperti 200.

 

Sama erti: (Seperti pada 200).

 

Contoh: Tak usahlah membuat berbagai-bagai  cadangan untuk memeriahkan lagi majlis kahwin anak kita  tu.  Kita juga yang akan membiayainya.  Orang lain  tumpang seronoknya saja.  Apa

peduli pada kukuran, nyiur  juga yang akan habis.

 

 

0205: Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh  disuruh.

 

Makna: Alasan yang berlawanan dengan maksud yang  sebenarnya.

 

Sama erti:Apa ruginya berbini sumbing, marah  pun tersenyum juga.

 

Contoh: En. Basri memberitahu isterinya yang  dia terpaksa pulang lewat malam kerana menyelesaikan  tugas-tugas pejabatnya.  Sebenarnya ia bersuka-suka  dengan teman wanitanya.  Apa sakit berbini janda, anak  tiri boleh disuruh adalah pegangan En. Basri.

 

 

0206: Apa tampangnya, itulah tumbuhnya.

 

Makna: Hasil sesuatu pekerjaan itu mengikut ukuran usaha  yang kita kerjakan.

 

Sama erti: 1.  Sariat palu memalu, hakikat  balas membalas.  2.  Tebu ditanam takkan peria yang  tumbuh  3. Terpijak di tanah kapur, putih  tapak, terpijak di tanah arang,  hitam tapak.

 

Contoh: Ahmad seorang peneroka yang gigih lagi  rajin.  Tiap-tiap hari dia bersungguh-sungguh mengerjakan  ladangnya.  Tidak hairanlah kenapa ia mendapat hasil yang  begitu lumayan, apa

tampangnya itulah tumbuhnya.

 

 

0207: Apabila orang miskin menghendaki wang dia  mendapat anak, apabila orang kaya menghendaki anak, dia  mendapat wang.

 

Makna: Hasil yang berlawanan dengan keinginan:  Lain yang dihajati, lain yang diperolehi.

 

Sama erti: 1.  Lain diniat lain ditakdir, lain  diacah lain yang jadi 2.  Niat hati nak getah bayan,  sudah tergetah burung serindit.  3.  Suruh putih, hitam datang  (3813).

 

Contoh: Apabila orang miskin menghendaki wang  dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak  dia mendapat wang. Begitulah yang terjadi kepada anak  sulung Pak Sudir; lain orang yang dipinang, lain orang  yang dijodohkan dengannya.

 

 

0208: Apabila tumbuh nyiur itu patah, tumbuh nyiur  juga akan gantinya.

 

Makna: Ganti yang hilang mesti yang sama pula.

 

Sama erti:1. Sepuluh bintang bertabur,  bolehkah sama dengan bulan yang  satu 2.  Patah tumbuh hilang berganti. 3.Bagai tembilang bagai penggali;   begitu yang hilang begitu pengganti.

 

Contoh: Ahmad telah dilucutkan jawatannya  sebagai pengurus. Kini ia menganggur kerana ia tidak  akan menerima jawatan lain selain dari jawatan pengurus.   Bagi Ahmad, apabila tumbuh nyiur

itu patah, tumbuh nyiur  juga akan gantinya.

 

 

0209: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar  tungku, kalau tidak dibakar.

 

Makna: Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain,  kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.

 

Sama erti: Seperti buku gaharu  (3448).

 

Contoh: Saya rasa, ilmu yang kita tuntut ini  hendaklah dicurahkan kepada anak bangsa kita untuk  dimanfaatkan oleh mereka.  Lagi pun, apakah gunanya  kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.   Hidup atau mati kita, tak siapa pun yang tahu, jadi  selagi kita hidup, biarlah membuat jasa.

 

 

 

0210: Apakah gunanya memasang dian ditengah hari,  jika malam alangkah baiknya.

 

Makna: Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu  diterangkan lagi.

 

Sama erti: Bersuluh di tengah hari.

 

Contoh: Perbuatan engkau itu membuang masa  saja.  Perkara ini tak perlu engkau mencari alasan untuk  menafikannya.  Apakah gunanya memasang dian di tengah  hari, jika malam alangkah

baiknya.  Hal engkau semua  orang dah tahu.  Bertaubat sajalah!

 

 

0211: Apa lagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah!.

 

Makna: Orang yang suka mencari barang-barang yang  digemarinya.

 

Sama erti: Bagai biawak mengulangibangkai. 

 

Contoh: Puan Zaiton sangat berminat mengumpul  barang-barang cantik.  Semasa berada di London, suaminya  membawa beliau ke sebuah kedai yang menjual barang-barang  antik.  Apa lagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah!  Puan  Zaiton tidak melepaskan peluang yang diberikan oleh  suaminya.

 

 

0212: Apalagilah, pemakan berulam bertemu pucuk.

 

Makna: Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya.

 

Sama erti: 1.  Pucuk dicita ulam mendatang.  2.  Bagai perempuan bunting  bertemu idamannya 3.  Seperti tebu lepas ke dalam  mulut gajah, payah akan  keluar (3639).

 

Contoh: Setelah sekian lama ia berhajat untuk  melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi,  baru kini ia mendapat tawaran dari sebuah universiti luar  negeri. Apa lagilah, pemakan berulam bertemu pucuk, dia  menerima tawaran itu dengan riang sekali.

 

 

0213: Api dengan air, alangkah bezanya.

 

Makna: Jahat dengan baik amat jauh bezanya.

 

Sama erti: 1. Bagaibumidenganlangit 2.  Seperti sayur dengan rumput. 

 

Contoh: Ali seorang yang baik dan dihormati  oleh jiran-jirannya.  Tetapi adiknya Husain tersangat  jahat.  Mereka selalu bertentangan kerana berbeza  pendapat, bak kata orang, api dengan air, alangkah  bezanya.

 

 

0214: Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila  besar menjadi lawan.

 

Makna: Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.

 

Sama erti:(1)Ah bungkuk, jangan menyerangguh. 2. Kecil-kecil, anak; kalau sudah  besar, menjadi onak. 3. Sedang rebung baik di patah,  jadi buluh melepuh jari.

 

Contoh: Api itu, tatkala kecil menjadi kawan,  apabila besar menjadi lawan, begitulah prinsip yang  dipegang oleh pengetua sekolah itu.  Murid-murid yang  mengingkari peraturan sekolah walaupun merupakan  kesalahan kecil, akan tetap menerima hukumannya supaya  kesalahan demikian tidak akan berulang.

 

 

0215: Api kecil baik dipadam.

 

Makna: Basmilah kejahatan itu semasa ia masih kecil lagi.

 

Sama erti: 1. Sesat surut, terlangkah kembali. 2.  Tempang gajah berjalan dek  sepuntung duri di tapak kaki.

 

Contoh: Mak Munah memberi perhatian yang serius  ke atas lap? orang yang diterima dari pihak sekolah  berhubung dengan kelakuan anaknya.  Ia akan bertindak  untuk memperbaiki kelakuan anaknya kerana baginya, api  kecil baik dipadam.

 

 

 

0216: Api makan sekam  (= dedak).

 

Makna: Perbuatan jahat atau rindu dendam yang  tersembunyi.

 

Sama erti: Gunting dalam lipatan.

 

Contoh: Rasa marahnya pada orang tengah yang  memeras serta menindas masih tetap membara di hatinya,  bagai api dalam sekam.

 

 

0217: Api yang tak hujung padam.

 

Makna: Semangat yang hidup selama-lamanya.

 

Sama erti: Genggam bara api biar sampai jadi  arang.

 

Contoh: Semangat untuk berjuang membebaskan  tanah air sentiasa mengalir dalam tubuhnya bagai api nan  tak hujung padam.

 

 

0218: Api padam puntung berasap.

 

Makna: Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan  kembali.

 

Sama erti: 1. Rumah sudah pahat berbunyi.  2. Berbalik-balik bagai kuda  terceret.

 

Contoh: Rungutan dari parti-parti pembangkang  berhubung dengan keputusan pilihanraya yang lalu bolehlah  dianggap seperti api padam puntung berasap.

 

 

0219: Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ  lagi.

 

Makna: Cerita yang sudah tamat, benar-benar sudah  selesai.

 

Sama erti: Genting putus, biang tembuk.  (Loh Woh Ching, 1986).

 

Contoh: Perkara yang menyedihkan itu telah lama dilupakan dan tidak mahu mendengarnya lagi.  Segala-  galanya telah selesai, api padam puntung hanyut, kami  tidak di situ lagi.

 

 

0220: Apung di tengah lautan, dipukul ombak sekejap  ke tengah, sekejap ke tepi.

 

Makna: Orang dagang yang melarat hidupnya.

 

Sama erti: 1. Seperti beting dipalu ombak. 2. Bagai cupak hanyut. 3. Seperti daun kering ditiup  angin di tengah padang.

 

Contoh: Hidupnya bagai apung, di tengah lautan,  dipukul ombak sekejap ke tengah, sekejap ke tepi.  Tidak  ada insan lain yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya.

 

0021: Ara tak bergetah.

 

Makna: Suatu perkara yang mustahil.

 

Sama erti: 1.  (Menantikan) kucing bertanduk.  2.  Puntung berasap.   3.  (Menantikan) masak buah rembia.   4.  Menanti kuaran bertelur.  5. Bakar air ambil abunya.

 

Contoh: Sejak kepulangan ke kampung, setelah  menjalani hukuman penjara, kejadian curi sering berlaku  di kampung itu.  Mereka mengesyakinya bertanggungjawab di  atas kejadian itu.  Kata

mereka masakan ara tak bergetah.

 

 

0222: Arang di dahi (= di kening, di muka).

 

Makna: Mendapat malu.

 

Sama erti: Seperti cicak makan kapur (3461).

 

Contoh: Dengan tidak disangka-sangka keluarga  Pak Mat yang terkenal dengan baik budi itu telah terpalit  arang di dahi, apabila seorang dari anaknya telah  ditangkap oleh polis dan dituduh mengedar dadah.

 

 

0223: Arang habis besi binasa.

 

Makna: Pekerjaan yang sia-sia.

 

Sama erti: 1. Seperti menghitung buah  kerayung. 2. Seperti mencari jejak di air. 3. Seperti membilang bulu  kambing. 4. Menakik darah di batu.

 

Contoh: Pak Ali telah menjualkan harta benda  kepunyaannya untuk membiayai pengajian anaknya di luar  negeri.  Tetapi segala pengorbanan Pak Ali itu telah  disia-siakan oleh anaknya.  Kini

Pak Ali telah jatuh  papa, arang habis besi binasa.

 

 

0224: Arang habis binasa, tukang hembus penat saja.

 

Makna: (Seperti 223).

 

Sama erti: 1. Pelabur habis, pelembang tak  alah. 2. Penat tukang menempa, besi  binasa senjata tak jadi. 3. Seperti membubul jala buruk.

 

Contoh:

 

 

0225: Arang itu jika dibasuh dengan air mawar  sekalipun, tiada akan putih.

Makna: Seperti 184.

 

Sama erti: 1. Gagak dimandikan tujuh kali  seharipun, takkan putih bulunya. 2. Burung gagak itu jika  dimandikan dengan air mawar  sekalipun tidak akan menjadi  putih bulunya.

 

Contoh: Penjenayah itu baharu saja bebas dari  tahanan dan telah kembali ke pangkuan keluarga.  Walaupun  ia diterima oleh keluarganya dengan senang hati tetapi  orang lain masih mencurigainya.  Maklumlah, arang itu  jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan  putih.

 

 

0226: Asal ada kecilpun pada.

 

Makna: Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.

 

Sama erti: 1. Dalam menyelam cetek bertimba. 2. Daripada cempedak baik nagka  (Shellabear, 1960).

 

Contoh: Sudahlah, jangan bersedih lagi.  Sudah  tak menjadi rezeki engkau.  Cukuplah dengan apa yang kau  telah perolehi, asal ada kecilpun pada.

 

 

0227: Asal ayam ke lesung, asal itik hendak ke  pelimbahan.

 

Makna: Tabiat orang tak mungkin berubah.

 

Sama erti: 1. Seperti gagak pulang ke benua. 2. Sepuluh jong masuk, anjing  tetap bercawat ekor.

 

Contoh: Meskipun telah lama ia meninggalkan  kampungnya dan menetap di bandar, ia masih meneruskan  kegemarannya memikat burung pada setiap hujung minggu.   Bak kata orang, asal ayam ke lesung, asal itik ke  perlimbahan.

 

 

0228: Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang  ke pelimbahan.

 

Makna: Seperti 227.

 

Sama erti: Seperti 227.

 

Contoh:

 

 

0229:  Asal berinsang ikanlah.

 

Makna: Tidak memilih (Pekerjaan, makanan, perempuan dsb.)

 

Sama erti: 1. Bagai rotan,  asal berinsang  dicucuk belaka (479). 2. Umpama anjing makan muntahnya.   (Shellaberar, 1960).

 

Contoh: Ali telah membulatkan tekadnya untuk ke  bandar dan mencari pekerjaan di sana.  Meskipun ia sedar  yang ia tiada kelayakan  yang tinggi untuk menjaminkan  kerja yang baik

untuknya tetapi azamnya cukup kuat untuk  ke sana.  Ia akan menerima apa saja pekerjaan.  Ia tidak  berkira-kira lagi, asal berinsang, ikanlah.

 

 

0230: Asal berisi tembolok senang hati.

 

Makna: Sudah cukup makan dan minum maka senanglah hati.

 

Sama erti: Ada hari ada nasi.

 

Contoh: Memang sudah menjadi tabiat Roslan sejak dari dulu lagi, tidak mahu berusaha lebih untuk  mengubah nasibnya.  Dia hanya bekerja sekadar untuk cukup  makan dan pakainya sahaja sudah menyenangkan hatinya  ibarat kata pepatah, asal berisi tembolok senang hati.

 

 

0231: Asal besi pengapak kayu, asal mas menjadi  penduk.

 

Makna: Darjat sesorang dapat ditentukan pada sifat  perangainya. Sama erti: 1.  Bahasa dan bangsa itu tidak  dijual beli. 2.  Bahasa menunjukkan bangsa. 3.  Sebab buah kekenalan pohon. 4.  Usul menunjukkan asal.

 

Contoh: Cikgu Othman amat disukai oleh murid-muridnya di sekolah kerana sikapnya yang baik hati.   Sikapnya ini juga sangat digemari oleh masyarakat  kampungnya yang amat sesuai dengan sikap seorang guru  seperti asal besi pengapak kayu, asal mas menjadi penduk.             

 

 

0232: Asal ditugal, adalah benih.

 

Makna: Sesuatu usaha tentu ada hasilnya.

 

Sama erti: Ada ubi ada batasnya.

 

Contoh: Asal ditugal adalah benihnya.  Begitulah yang terjadi kepada Hussein kerana telah  berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini hasil daripada usaha gigih yang

diamalkan selama  ini.

 

 

0233: Asal sabut terapung, asal besi tenggelam.

 

Makna: Untung-untungan, kalau bernasib  baik  tentu  selamat, kalau bernasih malang tentu jatuh.

 

Sama erti:

 

Contoh: Keluarga Hj. Ahmad terpaksa juga  bertolak ke Kuala Lumpur pada malam itu kerana mendapat  telegram yang mengatakan anaknya sakit kuat walaupun  banjir dijangka melanda di seluruh negara.  Mereka  semata-mata berserah kepada nasib, asal sabut terapung,  asal besi tenggelam.

 

 

0234: Asal selamat ke seberang, biar bergantung di  ekor buaya.

 

Makna: Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua  pertolongan itu akan diterima.

 

Sama erti: 1.  Condong ditampil, lemah dianduh.  2.  Seperti orang mati; jikalau  tiada orang mengangkat, bilakah  bergerak.

 

Contoh: Sudah dua hari pengemis itu tidak  makan.  Dia merayau-rayau ke sana ke mari di dalam  kampung itu untuk meminta apa-apa jua bantuan daripada  orang ramai; asalkan dia tidak mati

kebuluran seperti  pepatah asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor  buaya.               

                  

   

0235: Asal terbang burunglah, asal berinsang  ikanlah.

 

Makna: Tidak memilih.

 

Sama erti: Bagai   rotan,   asal   berinsang  dicucuk belaka. 

 

Contoh: Sejak tersebarnya berita lima orang  banduan berjaya melepaskan diri daripada penjara Pudu,  maka orang-orang perempuan sama ada isteri orang janda  atau anak gadis takut dan

tidak lagi merayap-rayap  seorang diri hingga lewat malam kerana banduan itu tidak boleh melihat orang perempuan dan tidak kira sama ada  isteri orang, janda atau gadis akan dirogolnya seperti  kata pepatah, asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.              

 

    

0236: Asam di darat ikan di laut, temu dalam  belanga.

 

Makna: Perepuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

 

Sama erti: 1.  Garam di laut asam digunung,  bertemu dalam belanga juga.  2.  Laksana  garam dengan asam.

 

Contoh: Walaupun kedua-dua orang kekasih itu  terpaksa berpisah selama lima tahun kerana melanjutkan  pelajaran masing-masing di negara yang berlainan tetapi  mereka berkahwin juga akhirnya setelah tamat pengajian mereka.  Benarlah seperti kata orang, asam di darat ikan  di laut, bertemu dalam belanga.      

 

 

0237: Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.

 

Makna: Tak  akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha.

 

Sama erti: 1.  Jika tidak dipecah ruyung, di  mana boleh mendapat sagu. 2.  Kurang sisik, tinggal lidi     dibuku; kurang selidik tinggal  kaji di guru. 3.  Pengayuh sayang dibasahkan,  sampan

takkan sampai ke  seberang.

 

Contoh: Semua rakannya mendapat pekerjaan  setelah tamat persekolahan tetapi Zulkifli asyik memangku  tangan, mati di dalam angan-angan kerana dia tidak pernah  berusaha untuk

mendapatkan kerja. Semata-mata  mengharapkan orang menawarkan kerja kepadanya.

 

 

0238:  Atap rumbia perabung  upih, rumah besar  berdinding papan.

 

Makna: Barang  yang  baik  dicampurkan dengan barang yang buruk.

      

Sama erti: Amra disangka kedondong.

 

Contoh: Barang-barang perhiasan di rumah Datuk  Muhammad itu tidak begitu menarik lagi kerana atap rumbia  perabung upih, rumah besar berdinding papan.  Dulu  barang-barang yang cantik

itu tidak dicampurkan dengan  barang-barang lama yang sudah tidak menarik lagi.

 

 

0239: Aur ditanam betung tumbuh.

 

Makna: Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.

 

Sama erti: 1.  Paksa terkukur padi rebah;  paksa tikus lengkiang terbuka.  2.  Tidak berluluk mengambil  cekarau.

 

Contoh: Aur ditanam betung tumbuh, begitulah  rezeki yang diterima oleh peniaga itu yang amat baik budi  bahasanya. Walaupun dengan modal yang kecil sahaja dikeluarkan untuk warungnya, tetapi dia telah mendapat  keuntungan yang banyak kerana orang ramai tidak putus-putus makan minum di warungnya.

 

 

0240: Haus telunjuk mencolek garam.

 

Makna: Hidup dalam kemiskinan.

 

Sama erti: 1.  Anggap-anggap bagai rumput di  tengah jalan. 2. Berkain tak cukup sebelit  pinggang. 3. Bersawah sepiring tidak, kan  tempat sepasin bertanya.  4.  Kain basah kering
dipinggang.  5.  Teranggit-anggitseperti rumput di pintu. 6.  Terlentang berisi air,  tertiarap berisi tanah. 7.  Seperti kain buruk dibakar tak berbau.

 

Contoh: Petani-petani di kampung dalam itu  hidup seperti aus telunjuk mencolek garam, kais pagi  makan pagi, kais petang makan petang kerana tidak ada  usaha langsung yang dijalankan oleh

kerajaan untuk  membaiki nasib penduduk kampung yang miskin itu.

 

 

0241: Awak alah gelanggang usai.

 

Makna: Ditimpa  kemalangan yang  tidak dapat diatasi  lagi.

 

Sama erti: 1.  Langit menyungkup kepala. 2.  Langit runtuh, bumi

cair.

 

Contoh: `Apa boleh buat Man, awak alah  gelanggang usai kerana kaki Man tak boleh diselamatkan  lagi dan terpaksa dipotong apabila dilanggar oleh kereta  kelmarin.’ Pujuk En. Rahim kepada

anaknya.

 

 

0242: Awak hendak kehilir, ia telah hanyut.

 

Makna: Cita-cita yang  telah  didahului oleh orang lain.

 

Sama erti: Kita baru mencapai pengayuh, orang  sudah tiba ke seberang.

 

Contoh:

 

 

0243: Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat  terbang hendak tinggi.

 

Makna: Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan  dengan kesanggupan diri sendiri.

 

Sama erti: 1.  Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi  pantai. 2.  Telinga rabit pasang subang  di kaki. 

 

Contoh: Awak kecil makan hendak banyak, sayap  singkat terbang hendak tinggi, mana boleh jadi’, kata Sukarni  menyindir kerana kawannya itu berangan-angan hendak membeli  kereta BMW, sedangkan kerjanya menjual `burger’ sahaja.     

 

       

0244: Awak kurus daging menimbun.

 

Makna: Orang kaya yang pura-pura miskin.

 

Sama erti:

 

Contoh: Saya amat terkejut apabila bertemu  dengan Encik Bakar yang terkenal dengan kekayaannya  tetapi menunggang basikal buruk sahaja apabila pergi ke  bandar.  Rupa-rupanya sudah menjadi kebiasaan beliau  bersikap begitu, awak kurus daging menimbun.

 

      

0245: Awak tikus, hendak menampar  kepala kucing.

 

Makna: Melakukan sesuatu yang mustahil.

 

Sama erti: 1.  Bakar air ambil abunya. 2.  Kalau kucing keluar tanduk  Belanda masuk Islam, baru boleh jadi. 3.  Langit  akan disigai, tebat akan disiar.  4.  Mencari umbut dalam batu. 5.  Takkan boleh  bersiul  sambil meminum air.

 

Contoh: Kepala kucing adalah sesuatu yang mustahil kerana awak adalah rakyat biasa, bagaimana hendak mengubal undang-undang negara ini’.  Kata Cikgu Ramli.

 

            

0246: Awak menangis diberi pisang.

 

Makna: Pujukan yang tepat.

 

Sama erti: Orang lapar diberi nasi.

 

Contoh: Seseorang yang berada di dalam  kemarahan, kita tidak boleh menentangnya tetapi kita  hendaklah memerhatikannya kerana itu adalah merupakan  tindakan yang tepat seperti kata orang awak menangis  diberi pisang.

 

 

0247: Awak rendah sangkutan tinggi.

 

Makna: Besar belanja dari pendapatan.

 

Sama erti: 1.  Besar dari tiang, besar sendal  dari gelegar. 2.  Besar senggulung dari beban. 3.  Besar suap daripada mulut. 4. Kecilbahanbesar penyimpannya. 5.  Masuk lima keluar sepuluh. 6.  Tinggi duduk dari cangkung.

 

Contoh: Macam mana awak hendak senang kearana  apabila dapat

gaji, awak berbelanja sangat boros dan  melebihi daripada

pendapatan yang sebenar.  seolah-olah  awak rendah sangkutan

tinggi’, kata ketua pejabat itu  kepada kakitangan di bawahnya. 

 

      

0248: Awak sakit daging menimbun.

 

Makna: (Rujuk No. 244)

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

0249: Awak celaka, orang yang diumpat.

 

Makna: Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan,  kecelakaan, kekalahan dsb.) orang lain yang disesalkan.

 

Sama erti: 1.  Buruk muka cermin dibelah. 2.  Tiada tahu menari, dikatakan  lantai jungkang-jungkit. 3.  Tidak tahu menganyam, pandan  disalahkan.

 

Contoh: Kekalahan pasukan bola sepak itu  samalah seperti awak yang celaka, orang yang diumpat  kerana mereka tidak mahu menerima  kekalahan itu  disebabkan oleh kelemahan mereka kerana

tidak cukup  tenaga sebaliknya jurulatih mereka yang dipersalahkan. 

                           

 

0250: Awak yang payah membelah ruyung, orang lain  yang beroleh sagunya.

 

Makna: Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula  yang mendapat faedahnya.

 

Sama erti: 1.  Bergendang air orang.   2.  Hilang jasa beliung, timbul  jasa rimbas. 3.  Isi lemak dapat ke orang,  tulang bulu pulang ke kita.  4. Kerbau  sakit,  sapi yang beroleh nama.

 

Contoh: Memang tidak patut, aku yang bersusah  payah menamam pokok buah-buahan itu, dia senang-senang  datang mengambil hasilnya, sudahlah begitu dijualnya pula  dipasar minggu’, kata

Pak Kassim kepada isterinya.   `Memang nasib awak begitu, awak yang payah membelah  ruyung, orang lain yang beroleh sagunya’, kata isterinya  pula.       

 

 

0251: Awal dibuat, akhir diingat.

 

Makna: Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah  difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Sama erti: 1.  Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati. 2.  Berjalan peliharakan kaki,  berkata peliharakan lidah. 3.  Berkelahi  dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian. 

4. Dibalik-balik bagai memanggang.  5. Jenguk  pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan  ditinggalkan. 6.  Sepuluh kali ukur sekali  kerat.

 

Contoh: Sebelum  melakukan sesuatu pekerjaan,  tidak kira pekerjaan itu senang atau susah, kita  hendaklah berfikir sedalam-dalamnya supaya kita tidak  kecewa dikemudiannya.  Ibarat

kata pepatah, awal dibuat,  akhir diingat.

 

 

0252: Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak.

 

Makna: Orang yang tidak berhati-hati melakukan pekerjaannya tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.

 

Sama erti: 1.  Deras datang dalam kena. 2.  Rosak tapai kerana ragi. 3.  Umpama ayakan dawai.

 

Contoh: Azmi tidak patut menyesal dengan apa yang telah menimpa dirinya kerana dia tidak berhati-hati  apabila melakukan pekerjaan itu.  Dia fikirkan apa yang  dilakukannya itu baik

belaka tanpa  memikirkan bahawanya, bak kata orang, awal dikenal akhir tidak,  alamat badan akan rosak’, kata Azman kepada rakannya.     

 

 

0253: Ayam baru belajar berkokok.

 

Makna: Baru cukup umur.

 

Sama erti: 1. Belum tahu di masin garam. 2. Budak-budak makan pisang.  3. Darah setampok pinang.

 

Contoh: Kata Azman `Ayam baru belajar  berkokok, mana boleh lawan dengan orang yang lebih matang  daripadanya.  Sepatutnya, budak itu mengalah lebih awal  lagi di dalam isu yang diperdebatkan itu’.

 

 

0254: Ayam berinduk, sirih berjunjung.

 

Makna: Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.

 

Sama erti: Di mana tempat kutu hendak makan  jikalau tidak di atas kepala.

 

Contoh: Di dalam masyarakat kita hari ini masih  ramai yang hidup di dalam kemiskinan dan memerlukan  bantuan serta perlindungan apabila ditimpa kesusahan.   Ibarat kata orang, ayam berinduk, sirih berjunjung.

 

 

0255: Ayam berlaga sekandang.

 

Makna: Berkelahi dengan orang serumah.

 

Sama erti: 1. Gigi dengan lidah adakalanya  bergigit juga. 2. Ribut dalam cawan.

 

Contoh: Boleh dikatakan hidup suami isteri itu  sebagai ayam berlaga sekandang, tidak pernah aman kerana  sentiasa bergaduh sehingga telah menjadi buah mulut  masyarakat di kampungnya.

 

0256: Ayam beroga itu, kalau diberi makan di  pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.

 

Makna: Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga  kita akan negeri sendiri.

 

Sama erti: 1.  Berapa  tinggi terbang bangau akhirnyahinggap di belakang   kerbau juga. 2.  Umpama kijang dirantai dengan rantai emas jikalau lepas,   lari juga ia ke hutan.

 

Contoh: Setelah 20 tahun merantau di negeri  orang dan hidup mewah di sana, akhirnya Encik Omar  kembali juga ke kampungnya untuk menziarahi sanak saudaranya.   Kepulangannya ini seperti ayam beroga itu  kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun  ke hutan  juga perginya.             

        

 

0257: Ayam bertelur di atas padi.

 

Makna: Hidup senang dan mewah.

 

Sama erti: Seperti tikus jatuh ke beras.

 

Contoh:

 

 

0258: Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan.

 

Makna: Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar.

 

Sama erti: Itik berenang dalam air, kehausan.

 

Contoh: Walaupun dia bergaji besar tetapi  hidupnya sentiasa tidak senang kerana tidak tahu  bersyukur kepada Allah s.w.t. seperti ayam bertelur di  atas padi, mati kelaparan di samping

menanggung hutang  yang banyak di keliling pinggangnya konon hendak  berlagak.      

 

 

0259: Ayam dapat, musang dapat.

 

Makna: Pencuri tertangkap, barang-barang pun tidak  hilang.

 

Sama erti:

 

Contoh: Pihak polis telah menunjukkan  ketangkasannya kerana telah berjaya menangkap pencuri  yang telah mencuri di rumah orang kaya Bahaman dengan  barang-barang yang dicurinya sekali.

Tindakan polis ini  samalah seperti ayam dapat musang dapat.

 

 

0260:  Ayam ditambat disambar helang, padi di  tangan tumbuh lalang.

 

Makna: Malang sekali; nasib yang buruk.

 

Sama erti: 1. Antan patah lesung hilang.  2. Sudahlah jatuh, tersungkur pula. 3. Sudah jatuh ditimpa tangga.

 

Contoh: Malang sungguh nasib pemuda itu, ayam  ditambat disambar helang, padi ditangan tumbuh lalang  kerana sudahlah tunangnya dirampas orang, dia pula yang  ditimpa kemalangan di jalan raya

petang semalam hingga  tidak sedarkan dirinya yang kini terlantar di hospital.

                        

 

0261: Ayam hitam terbang malam bertali ijuk,  bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.

 

Makna: Kejahatan yang dilakukan di dalm sulit, sukar  diketahui.

 

Sama erti: 1.  Anak ikan di makan ikan. 2.  Tahu makan tahu simpan. 3.  Bagai dekan di bawah pangkal  buluh.

 

Contoh: Kumpulan haram itu memang handal  seperti ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang  tanduk, hinggap di kebun rimbun kerana setiap geraknya  dilakukan dengan hati-hati dan sulit hingga sukar  diketahui atau dikesan oleh sesiapa walaupun pihak polis.

 

 

0262:  Ayam itik, raja pada tempatnya.

 

Makna: Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.

 

Sama erti: 1.  Adat pulau limburan pasang. 2.  Kuat  burung kerana   sayap,  kuat ketam kerana sepit. 3.  Murai biasa berkicau.

 

Contoh: Expo Perdagangan 1986 yang berlangsung  di Pulau Pinang baru-baru ini telah berjalan dengan  lancar dan berjaya kerana tiap-tiap orang yang ditugaskan  untuk menjayakan Expo itu mahir di dalam urusan masing-  masing seperti ayam itik, raja pada tempatnya.

 

 

0263: Ayam menang, kampung tergadai.

 

Makna: Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.

 

Sama erti: 1.  Di bilang genap dipapar ganjil. 2.  Untung ada tuah tidak.

 

Contoh: Tidak guna lagi dia mendapat keuntungan  yang banyak di dalam perniagaannya  kerana anak dan  isterinya telah mati di dalam kemalangan itu sedangkan  dia berusaha siang dan malam

adalah untuk kebahagiaan  keluarganya.  Nasibnya itu bolehlah diibaratkan ayam  menang, kampung tergadai.

 

0264:  Ayam pulang ke pautan.

 

Makna: Sudah pada tempatnya.

 

Sama erti: 1.  Bersua beliung dengan sangkal. 2.  Pinang pulang ke tampuk.  3.  Sirih pulang ke gagangnya. 4.  Tiba dirusuk menjeriau.

 

Contoh: Pasangan pengantin diraja itu seperti  ayam pulang ke pautan kerana sudah kena pada tempatnya  iaitu sama cantik dan sama padan sehingga telah menjadi  buah mulut rakyat di seluruh

negara.

 

 

0265: Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman,  terang kepada mata orang banyak.

 

Makna: Perkara yang nyata mudah ketahuan.

 

Sama erti: Bagai denai gajah lalu.

 

Contoh: Orang terkaya di kampung i u telah  menderma $10.00 kepada mangsa kebakaran.  Gambarnya  terpampang di dalam akhbar Utusan Malaysia.  Ini  menyebabkan rata-rata orang ramai mengatakan orang kaya  itu adalah ayam putih terbang siang, hingap di halaman,  terang kepada mata orang banyak.

 

 

0266: Ayam seekor bertambang dua.

 

Makna: Gadis seorang dua bujang yang ingin.

 

Sama erti: 1.  Balam dua sesangkar. 2.  Enau sebatang dua sigainya. 3.  Gajah seekor gembala dua. 4.  Pelesit dua sejinjang.

 

Contoh: Dua orang pemuda itu telah lama tidak  bertegur sapa sehinggakan kerapkali telah terjadi  pergaduhan kerana berebut seorang gadis cantik di  kampungnya.  Keadaan ini samalah seperti

ayam seekor  bertambang dua.

 

 

0267: Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.

 

Makna: Orang  yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.      

        

Sama erti:

 

Contoh: Walaupun dahulunya dia terkenal dengan  kaki judi dan kaki botol sehingga melarat hidupnya tetapi  sekarang nampaknya dia telah banyak berubah semenjak  tinggal bersama-sama dengan keluarga angkatnya Hj.  Abdullah.  Nasibnya itu diibaratkan sebagai ayam sudah  patah, kalau-kalau dapat menikam.

 

0268: Ayam tak patuk, itik tak sudu.

 

Makna: Keadaan orang  dihina dalam masyarakat.

 

Sama erti: 1.  Anjing tidak bercawat ekor.   2.  Bagai anjing buruk kepala.  3.  Seperti anjing kepala busuk. 4.  Si kutuk beras basah,  ditampi tak berlayang,  diindang tak berantah, unjungnya tidak disudu oleh  itik.

 

Contoh: Semenjak ibu bapanya meninggal dunia  tanpa meninggalkan sedikit harta pun, hidupnya semakin  melarat dan hina disisi masyarakat.  Apa saja yang  dibuatnya adalah serba tak kena

seperti ayam tak patuk,  itik tak sudu.

 

 

0269: Ayam terlepas tangan bau tahi.

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh: Walaupun orang kampung tidak memukulnya  sebaik sahaja ditangkap kerana mencuri, tetapi perasaan  malu kepada orang-orang kampung tidak akan hilang kerana  selama ini dia terkenal sebagai seorang pemuda yang baik.   Perkara ini samalah seperti ayam terlepas, tangan bau  tahi.       

           

       

0270: Ayam terlepas tangan tercirit.

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:  Dalam pertemuan di pinggir Kebun Bunga  pada malam itu, Mansur cuba melakukan perkara jahat  kepada Munah.  Munah menjerit.  Seorang pengawal yang  sedang meronda di kawasan itu mendengar jeritan Munah.   Munah diselamatkan.  Nasib Mansur seperti ayam terlepas  tangan tercirit.

 

 

0271: Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang  susah beredar sekeliling.

 

Makna: Tidak senang melihat kebahagian orang.

 

Sama erti:1.  Bangau-bangau minta aku lehar,  badak-badak minta aku daging.   2.  Ular menelan babi cacing  yang bengkak perut.

 

Contoh: Oleh kerana hajatnya untuk mengahwini  gadis idamannya itu tidak tercapai maka pemuda itu telah  berikhtiar sedaya upayanya untuk merosakkan pasangan  suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh.   tindakannya ini sama seperti ayam tidur senang di dalam  reban, musang yang susah beredar sekeliling.     

 

 

0272: Ayam yang tangkas digelanggang.

 

Makna: Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Sama erti:

 

Contoh: Apabila bercakap di dalam mana-mana  majlis pun, pegawai penerangan itu mendapat perhatian dan  tepukan yang gemuruh daripada para hadirin kerana dia  sangat petah dan pandai

bercakap mengenai satu-satu isu.   Maklum sajalah, dia adalah seperti ayam yang tangkas di  dalam gelanggang.

 

 

0273: Babi merasa gulai.

 

Makna: Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi.

 

Sama erti: 1.  Berkerbau seperempat ekor,   berkandang sebagai orang. 2.  Cacing hendak menjadi naga. 3.  Helang terbang mengawan, agas  hendak mengawan juga.  4.  Gajah berak besar, kancil pun  hendak berak besar akhirnya mati kebebangan. 5.  Seperti pipit menelan jagung.  6.  Tiang pendak hendak menyamai   tiang panjang.

 

Contoh: Tabiatnya itu samalah seperti babi  merasa gulai kerana apa-apa juga tindakan atas cakapnya  samalah seperti lagak seorang yang kaya atau berpangkat  sedangkan dia adalah seorang

yang hidupnya susah.                    

 

 

0274: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

 

Makna: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.

 

Sama erti: Telah berbau bagai bacang.

 

Contoh: Bacang dibungkus tentu baunya keluar  juga.  Begitulah yang terjadi kepada Atan yang telah  gagal di dalam peperiksaan SPM dengan mendapat Pangkat  ke-IV menyebabkan dia merasa amat malu dan tidak  memberitahu kepada sesiapa pun di kampunnya sedangkan  orang kampung sudah mengetahuinya melalui seorang guru di  kampungnya.

 

 

0275: Badak makan anak.

 

Makna: Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri  kerana takut malu dan sebagainya.

 

Sama erti:

Contoh: Di dalam cita-cita hikayat terdapat  banyak peristiwa yang menujukkan seseorang raja yang  bersikap seperti badak makan anak.  Tindakan membunuh  anaknya terpaksa dilakukan kerana didapati anaknya lebih  pintar daripadanya.

 

 

0276: Badan bersaudara, emas perak tiada  bersaudara, kasih

saudara sama ada, kasih bapa menokok  harta yang ada, kasih ibu

sama rata, kasih sahabat sama  binasa.

 

Makna: Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan,  tetapi dengan

mudah juga dapat diceraikan, kerana orang  lebih mengutamakan

harta - benda.

 

Sama erti:

 

Contoh: Semasa ibu bapa mereka masih hidup,  kelima-lima orang

adik beradik itu sentiasa hidup di  dalam keadaan yang penuh

kasih sayang tetapi akhirnya  telah menjadi porak-peranda apabila

kedua ibu bapa mereka  meninggal dunia akibat berebut harta

pusaka.  Memang  menjadi adat manusia, badan-badan bersaudara,

emas perak  tiada bersaudar; kasih saudara sama ada, kasih bapa

menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih  sahabat sama

binasa.

 

 

0277: Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.

 

Makna: Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa  orang kuat,

tetapi hatinya bebas lepas.

 

Sama erti:

 

Contoh: Walaupun rakyat di negara ini berada di  bawah

pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, tetapi  tidak semestinya

semua rakyat terpaksa mematuhinya kerana  mereka bebas  bersuara

selaras dengan pemerintahan  demokrasi yang diamalkan oleh

kerajaan.  Ibarat kata  pepatah, badan boleh dimiliki, hati tiada

boleh dimiliki.

 

 

0278: Badan sudah senyawa.

 

Makna: Sudah sehidup semati.

 

Sama erti: 1.  Berat sama dipikul, ringan  sama dijinjing.

2.  Bulat segiling, pecah  setapik.  3.  Pipih boleh dilayang,

bulat  boleh digulingkan. 4.  Pipih boleh dilayang, bulat

boleh digulingkan. 5.  Terapung sama hanyut,  terendam sama

basah.

 

Contoh: `Usahlah hendak diugut atau hendak  dicabar lagi kedu-dua

orang teman karib itu, mereka tidak  gentar dan tidak takut mati

kerana mereka, badan sudah  dua senyawa’, kata ketua penjahatÜj[1]Ü
itu.                  

 

 

0279: Bagai air di daun talas.

 

Makna: Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.

 

Sama erti: 1.  Anak sungai lagi berubah,  inikah pula hati orang.

2.  Bagai pancang diguncang arus. 3.  Baling-baling di atas

bukit.  4.  Hati bagai baling-baling. 5.  Sebagai pimping

dilereng  bukit.  6. Seperti panji-panji  ditiup angin. 7.

Pahamnya bagai getah cair.

 

Contoh: Di dalam mesyuarat agung yang diadakan  baru-baru ini,

Sanusi tidak lagi terpilih sebagai  setiausaha persatuannya

kerana selama ini ia bersikap  tidak tegas dan dia selalu berubah

bagai air di daun  talas sahaja.

 

 

0280: Bagai air mencari jenisnya.

 

Makna: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-  henti;

usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

 

Sama erti: 1.  Biar penat badan asalkan senang hati.  2.  Mutiara

tiada  dimuntahkan  timbul oleh laut.

 

Contoh: Walaupun hidup Cikgu Khalid sudah  terjamin setelah

mendapat ijazah daripada Universiti  Sains Malaysia beberapa

tahun dulu tetapi beliau masih  tidak nemu-jemu belajar untuk

menambahkan pengetahuannya  dengan melanjutkan pelajarannya ke

luar negeri pula.   Orang-orang kampungnya mengatakan usaha cikgu

Khalid itu  sebagai air mencari jenisnya.

 

 

0281: Bagai air titik ke batu.

 

Makna: Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

                             

Sama erti: 1.  Air di daun keladi.  2.  Kalis bagai air di daun

keladi.  3.  Menampal kerisik ke buluh.

 

Contoh: Ibu bapa Yusri sudah berputus asa  terhadap anaknya yang

tidak pernah mendengar nasihat  mereka supaya jangan berkawan

dengan budak-budak yang  jahat di kampungnya tetapi Yusri tetap

berdegil.  Nasihat  ibunya babapnya itu bagai air titik ke batu.

 

 

0282: Bagai anak dara mabuk andam.

 

Makna: Lemah lesu tanpa penyakit.

 

Sama erti: 1.  Seperti mayat ditegakkan.  2.  Seperti orang mabuk

gadung.  3.  Seperti cendawan dibasuh.Üj[1]ÜŒContoh: Oleh kerana budak itu berbadan kecil  dan kurus pula, ia

kelihatan lemah dan lesu tetapi  sebenarnya bukanlah di

berpenyakit seperti yang  disyakkan.  Dia amat cergas apabila

membuat sesuatu  kerja, bagai anak dara mabuk andam.

 

 

0283: Bagai anak dara sudah berlaki.

 

Makna: Anak perawan yang tiada malu,pemalas dan      pengotor.  

 

Sama erti: 1.  Seperti berlaki anak semang.  2.  Seperti berlaki

anak orang  gajian.

 

Contoh: Amilah akan pergi ke mana sahaja yang  ia suka tanpa

menghiraukan pakaiannya yang tidak bertukar  beberapa hari.

Rambutnya pula yang tidak bersikat,  kusut-masai menyebabkan ia

digelar bagai anak dara sudah  berlaki.

 

 

0284: Bagai anak nangui.

 

Makna: Banyak sekali.

 

Sama erti: 1.  Seperti batu di pulau. 2.  Seperti kersik di

pulau.

 

Contoh: Projek ternakan Ah Chong sangat berjaya  di Ulu Biram.

ternakannya seperti itek dan ayam bagai  anak nangui dan meliputi

kawasan yang amat luas.

 

 

0285: Bagai anak sepat ketohoran.

 

Makna: Berbaring dan bermalas-malas sahaja di rumah orang  lain.

 

Sama erti: 1.  Seperti birah tidak berurat.  2.  Menari (=

meretak) di  ladang orang.

 

Contoh: Mak Minah sudah hilang sabar.  Setiap  hari apabila ia

balik dari ladang, didapati anaknya tidak  mengemas dan memasak

untuk tengahari di rumah.  Aziah  anaknya itu selalu ke rumah

jirannya di seberang untuk  berbual dan berehat-rehat di sana

bagai anak sepat  ketohoran.

                  

 

0286: Bagai anjing beranak enam.

 

Makna: Kurus sekali.

 

Sama erti: 1.  Tinggal jangat pembalut tulang.  2.  Tinggal kulit

pemalut tulang.  3.  Tinggal tulang dengan kulit. 4.  Kalau tak

ada kulit  bercerailah (= rerak) tulang. 5.  Seperti cicak

kobeng.

ÜjÜŒContoh: Swee Lan telah lama mengidap penyakit  jantung.  Telah

banyak wang dihabiskan untuk berubat tapi  tidak juga pulih.

Keadaan ini menyebabkan badannya  menjadi kurus sekali bagai

anjing beranak enam.

 

 

0287: Bagai anjing buruk kepala.

 

Makna: Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat.

 

Sama erti:  1.  Contoh pemakaian: Hari ini kebun jagung Pak Seman

pula  yang dilanyak oleh lembu-lembu Senin.  Bila diberitahu

padanya, orang pula yang disalahkan hingga selalu berlaku

pergaduhan.  Sikapnya yang tidak endah ini menjadikan ia  bagai

anjing buruk kepala.

 

 

 

0288: Bagai anjing melintang denai.

 

Makna: Sangat gembira; sangat sombong.

 

Sama erti: 1.  Seludang menolak mayang.  2.  Sebagai kera

mendapat pisang.  3.  Lonjak bagai labu dibenam.  4.  Seperti

lonjak alu penumbuk  padi.

 

Contoh: Sejak Mat Salleh berjaya dalam  pilihanraya yang lalu,

isterinya sudah tidak mahu lagi  bercampur-gaul dengan masyarakat

di sekeliling.   Perubahannya bagai anjing melintangi denai.

 

 

0289: Bagai anjing tersepit di pagar.

 

Makna: Serba salah kerana di dalam kesusahan.

 

Sama erti: 1.  Anjing terpanggang ekor.  2.  Bagai ayam kena

kepala.  3.  Seperti cicak termakan kapor.  4.  Bagai cacing kena

air panas.  5.  Terkejar-kejar bagai kucing  jatuh anak.

 

Contoh: Seman telah menjadikan rumahnya   sebagai cagaran untuk

membeli saham di Syarikat Ganda  Wang Anda.  Tiba-tiba syarikat

itu telah melakukan  penipuan.  Ini bererti Seman akan kehilangan

rumahnya.   Keadaan ini menjadikan Seman bagai anjing tersepit di

pagar.

 

 

0290: Bagai api dengan rabuk.

 

Makna: Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik  kalau

diperdekatkan.

 

Sama erti: 1.  Bagai kucing dengan panggang.  2.  Pantang elang

dengan ayam,  lambat laun disambar juga.  3.  Sepantun elang

dengan ayam,  lambat laun disambar juga.  4.  Seperti kucingÜj[1]Ü
dengan anjing.  5.  Tak boleh beetemu roma.  6.  Bagai anjing

dengan kucing.

 

Contoh: Aminah mengemukakan hujah untuk  menegakkan pendapatnya.

Begitu juga dengan Fatimah,  sehingga isu mesyuarat itu tidak

dapat diselesaikan.   Sejak perbalahan itu mereka tida boleh

berdekatan  sehingga digelar bagai api dengan rabuk.

 

 

0291: Bagai ara hanyut.

 

Makna: Tidak terus berjalan  ke tempat tujuan,tetapi  singgah di

jalan.

 

Sama erti:

 

Contoh:  Perjalanan yang jauh dari Alor Setar ke Kuala Lumpur

menyebabkan Amin terpaksa berhenti di beberapa tempat untuk

berehat dan makan.  Perjalanan Amin ini bolehlah diibaratkan

bagai ara hanyut.

 

 

0292: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke

aur.

 

Makna: Satu sama lain bertolong-tolongan.

 

Sama erti: 1. Sepantun kasau dengan hubungan. 2.  Lemah melapis

condong menopang.  3.  Kurang tambah menambah, senteng

bilai-membilai.  4.  Berat sama dipikul, ringan sama  dijinjing.

 

Contoh: Hasil daripada kerjasama penduduk-penduduk kampung,

jambatan untuk menyeberangi Sungai Ruyong telah berjaya dibina.

Ini memudahkan kanak-kanak  sekolah dan masyarakat umumnya untuk

pergi ke pekan.   Semangat kerjasama penduduk-penduduk ini bagai

aur  bergantung ke tebing, bagi tebing bergantung ke aur.

 

 

0293: Bagai aur di atas bukit.

 

Makna: Menyerah diri kepada nasib.

 

Sama erti: 1.  Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut

balas lagi.  2.  Secubit tiada menjadi segenggam.  3. Beras

secupak tak akan menjadi segantang.  4.  Sejengkal tak akan

menjadi  sehasta.

 

Contoh: Dina selalu gagal dalam mata pelajaran  matematik semasa

ujian bulanan.  Kelemahannya ini tidka  pernah dibaiki dengan

berusaha lebih giat lagi seperti  membuat banyak latihan atau ke

kelas tambahan.  Katanya  kejayaannya dalam peperiksan nanti

bagai aur di atas  bukit.

 

ÜjÜŒ0294: Bagai ayam dibawa ke lampok.

 

Makna: Orang yang tidak pernah masuk ke majlis.

 

Sama erti: 1.  Seperti rusa masuk kampung. 2.  Ke dalam sumpit

tak muat, ke  dalam ambong longgar.

 

Contoh: Semasa mesyuarat jawatankuasa itu dijalankan, Seman

terjerit-jerit ingin mengemukakan pendapatnya.  Bila ideanya

tidak diterima, ia akan  menghentak-hentak meja dan terus keluar

dari mesyuarat itu.  Tingkah-lakunya bagai ayam dibawa ke lampok.

 

 

0295: Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.

 

Makna: Pucat dan kuning kerana mengidap penyakit; sangat  gelisah

kelakuannya.

 

Sama erti: 1.  Pucat lesi bagai ayam kena lengit. 2.  Seperti

ayam berak kapur.  3.  Seperti mayat ditegakkan.  4.  Bagai ikan

mati.

 

Contoh: Telah banyak wang dihabiskan untuk  mengubati penyakit

Wak Ali, tetapi masih juga kurang  berkesan sehingga badannya

tidak berdaya.  Akibat  penyakit yang dialaminya itu menjadikan

badannya kurus,  pucat bagai ayam dimakan tungau.

 

 

0296: Bagai ayam disambar elang.

 

Makna: Mati tanpa sakit.

 

Sama erti: Panjang langkah, singkat permintaan.

 

Contoh: Encik Sukri tidak percaya dengan berita kematian

kawannya, kerana pada pagi kelmarin dia masih sihat dalam

perbincangan yang diadakan.  Kematian  kawannya itu bagai ayam

disambar elang.

 

                 

0297: Bagai ayam kena kepala.

 

Makna: Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung.

 

Sama erti: 1.  Bagai burung jampuk kesiangan.  2. Bagai kucing

kehilangan anak.  3.  Seperti pikat kehilangan mata.  

 

Contoh: Peristiwa negeri yang berlaku kepada keluarga Ali telah

menyebabkan ia sukar untuk memberi keputusan muktamat.  Situasi

Ali ini bagai ayam kena lempar.  

 

 

 

ÜjÜŒ0298: Bagai ayam lepas bertaji.

 

Makna: Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba  salah

untuk menolongnya.

 

Sama erti: 1.  Lulus  tidak berselam, hilang                 

tidak bercari.  2.  Luka di tangan dapat diubati, luka di hati

siapa tahu?

 

Contoh: Setelah kematian bapanya, Ali menghadapi pelbagai masalah

untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada di dalam syarikat

bapanya itu.  Ramai orang yang bersimpati dengannya.  Keadaan Ali

bagai ayam lepas bertaji.

 

 

0299: Bagai ayam mabuk tahi.

 

Makna: Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan  kurang

darah.

 

Sama erti: 1.  Bagai ayam dimakan tungau. 2.  Bagai ayam kena

lengit.  3.  Seperti ayam berak kapor  4.  Seperti mayat

ditegahkkan.  5.  Bagai ikan mati.

 

Contoh: Sejak Encik Tan mengalami kemalangan seminggu yang lalu

kesihatan belum puleh lagi kerana ia perlu dimasukkan darah ke

dalam badannya.  Kesakitan yang berat ini menyebabkan beliau

dalam keadaan pucat bagai ayam mabuk tahi.

 

 

0300: Bagai ayam mengarang telor.

 

Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang.

 

Sama erti: 1.  Bagai ayam mengeram telur. 2.  Seperti emas baru

disepuh.  3.  Bagai telor dikupas.  4. Seperti bunga raya kembang

pagi.

 

Contoh: Puan Zaiton baru seminggu bersalin, tetapi nampaknya ia

berada dalam keadaan sihat dan wajahnya merah sahaja.  Keadaannya

bagai ayam mengarang telur.

 

 

 

 

rlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut.  Ia

berasa takut kerana polis sedang  membuat penyiasatan pada kes

tersebut.    

 

 

Jun 10

Dokumen hilang

 

 

 

Jun 9

0001:  Ada air, adalah ikan.

 

Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya.

 

Sama erti: Ada padang, ada belalang.

Contoh: Mereka menyangka kawasan dingin bersalji seperti Greenland itu tidak didiami orang, tetapi sebenarnya tempat itu didiami oleh orang Eskimo, seperti kata orang ada air, adalah ikan.

 

 

0002:  Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.

 

Makna: Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, tetapi jikalau berjauhan maka selalunya dilupakan.

 

Sama erti: Ibarat bunga, sedap dipakai, layu  dibuang.  

 

Contoh:  Dia itu bercakap saja manis, tetapi kalau waktu kita tidak ada dia akan cepat berpaling tadah; ….

 

 

0003:  Ada angin, ada pokoknya (pohonnya).

 

Makna: Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.

 

Sama erti: 1.  Jika hulunya keruh, hilirnya pun keruh juga.  2. Usul menunjukkan asal. 3.  Daun mengenalkan pohonnya. 4.  Buruk perahu, buruk pengkalannya.

 

Contoh: Tiap-tiap sesuatu yang ada di dunia ini tidak kekal kejadiannya.  Begitulah juga ia mempunyai permulaan kejadiannya, bagaikan `ada angin, ada pokoknya’.

 

 

0004: Ada bangkai, adalah haring.

 

Makna: Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.    

 

Sama erti: 1.  Ada bau, adalah bangkai. 2.  Ada bangkai, adalah ulat.  3.  Di mana anjing menyalak, di situlah biawak menenjal.

 

Contoh: Setiap malam terdapat ramai orang-orang lelaki yang pergi ke kawasan pelacuran itu, kerana di situ terdapat ramai pelacur-pelacur yang masih muda.  Hal ini umpama, `ada bangkai, adalah haring’.

 

 

0005: Ada batang, cendawan tumbuh.

 

Makna: Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.

 

Sama erti: 1.  Lain lubuk, lain ikannya. 2.  Lain padang, lain belalang.

 

Contoh: Kevin Barlow telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat mengedar dadah di Malaysia, walupun beliau adalah rakyat Australia, kerana `ada batang, cendawan tumbuh’.

 

 

0006: Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.

 

Makna: Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

 

Sama erti: 1.  Rezeki helang tak akan dapat musang. 2.  Ulat di dalam batu lagikan hidup.

 

Contoh: Di atas bumi Allah ini, ke mana sahaja kita pergi, kita akan mendapat rezeki darinya, kerana `ada batang mati, adalah cendawan tumbuh’.        

                  

 

0007: Ada beras, taruh dalam padi.

 

Makna: Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

 

Sama erti: 1. Pandai makan, pandailah simpan.  2.  Kelip-kelip terbang malam. 3.  Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

 

Contoh: Adalah menjadi suatu kesalahan besar apabila rahsia kerajaan dibocorkan.  Maka setiap anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mestilah bersikap `ada beras, taruh dalam padi’.

 

 

0008: Ada biduk, serempu pula.

 

Makna: Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.

 

Sama erti: 1.  Bagai Belanda minta tanah. 2. Seperti anjing menggonggong tulang.  3.  Diberi betis, hendak paha.

 

Contoh: Ramai di kalangan masyarakat kita yang telah memiliki harta untuk hidup, namun tetap berusaha untuk menambahkan lagi harta itu.  Mereka ini dapatlah diibaratkan `ada biduk, serempu pula.

 

 

0009: Ada bukit, ada paya.

 

Makna : Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

 

Sama erti: 1.  Ada sama dimakan, tak sama ditahan. 2.  Tiada gading yang tak retak.

                        

Contoh: Allah menjadikan isi alam ini dengan sifatnya yang berlawanan.  Ada baik, ada jahat, ada miskin, ada kaya, ada bahagia dan ada pula yang derita.   Segalanya ini bagaikan `ada bukit, ada paya’.

 

 

0010: Ada gula, ada semut.

 

Makna: Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

 

Sama erti: Ada padi masak, adalah pipit.

 

Contoh: Perpindahan kaum belia dari desa ke kota semakin bertambah, pada setiap tahun.  Hal ini adalah ekoran daripada kegiatan perindustrian yang giat dijalankan di sana, yang menyediakan berbagai peluang pekerjaan.  Maka kota sekarang ini ibarat kata `ada gula, ada semut’, yang menjadi tumpuan memperolehi pendapatan.

 

 

0011: Ada hari, ada nasi.

 

Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

 

Sama erti: 1.  Ada nyawa, ada rezeki.  2.  Ada umur, ada rezeki.

 

Contoh: Emak selalu menasihatkan anak-anaknya agar tekun berusaha untuk mencari rezeki, selagi masih hidup, kerana `ada hari, ada nasi’.

 

 

0012: Ada hari, ada panas, ada hari, boleh balas.

 

Makna: Perbuatan jahat itu sewaktu-waktunya akan mendapat balasan juga.

 

Sama erti: 1. Tangan mencincang, bahu memikul.  2.  Ada ubi ada batas, ada hari ada  balas.

 

Contoh: Tentera Rusia telah menyerang hendap pasukan Mujahidin di kawasan pergunungan itu.  Sejak peristiwa yang menyedihkan itu, pasukan Mujahidin telah berazam untuk membalas serang kerana `ada hari, ada panas, ada hari, boleh balas’.   

         

 

0013: Ada jarum, hendaklah ada benangnya.

       

Makna: Tiap-tiap suatu itu, ada pasangannya.

 

Peribahsa sama erti: 1.  Asal ada, kecil pun ada.  2.  Ada laut, ada perampok.  3.  Bagai bumi dengan langit.

 

Contoh: Allah menjadikan alam ini dengan sifatnya yang berpasangan, misalnya apabila dijadikan syurga, maka dijadikan juga neraka, kerana apabila `ada  jarum, hendaklah ada benangnya. Sengalanya ini adalah untuk menunjukkan akan kesempurnaan dan

keadilan ciptaannya.

 

 

0014: Ada kerak, ada nasi.

                                             

Makna: Tiap-tiap sesuatu kejadian itu, tentu ada bekasnya.

 

Sama erti: Bermain pisau, luka.

 

Contoh: Guru agama itu selalu berpesan kepada anak-anak muridnya agar berhati-hati ketika bertindak sesuatu, kerana segala tindak tanduk kita akan meninggalkan kesan sama ada ke atas diri sendiri ataupun orang lain.  Ini adalah kerana apabila `ada kerak, ada

nasi’.

 

 

0015: Ada laut, ada perampok.

 

Makna: Tiap-tiap sesuatu itu, ada pasangannya.

 

Sama erti: 1.  Asal ada, kecil pun ada.  2.  Ada jarum, hendaklah ada benangnya.  3.  Bagai bumi dengan langit.

 

Contoh: Kesempurnaan dan keadilan makhluk ciptaan Allah, dapat dilihat pada sifatnya yang berpasangan, bagaikan `ada laut, ada perampok’.

 

 

0016: Ada nasi (bernasi) di balik kerak.

 

Makna: Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.

 

Sama erti: Tiada

 

Contoh: Anis telah dimarahi oleh guru mata pelajaran Ilmu Hisabnya kerana masih belum menyelesaikan sebahagian daripada kerja rumah yang diberikan.  Sungguhpu Anis tidak melakukan sebarang kesalahan bagi kerja rumah yang dibuatnya, tetapi gurunya itu masih menganggapkan kerjanya bagaikan `ada nasi di balik kerak’.

 

 

0017: Ada nyawa, ada rezeki.

 

Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

 

Sama erti: 1.  Ada umur, ada rezeki.  2.  Ada hari, ada nasi.  3. Ulat di dalam batu, lagikan  hidup.

 

Contoh: Pak Mat telah berusaha dengan begitu tekun sekali untuk menambahkan pendapatannya dari tangkapan ikan, demi bagi menyara anaknya yang ramai.  Namun, usaha gigihnya itu tidak mendatangkan hasil, terutama di musim tengkujuh.  Walau bagaimanapun, Pak Mat tetap berkeyakinan bahawa selagi `ada nyawa, ada rezeki’.

 

 

0018: Ada persembahan, ada kurnia.

 

Makna: Berbuat baik dibalas baik.

 

Sama erti: 1.  Orang berbudi, kita berbahasa. 2.  Orang campak bunga, takkan kita  campak tahi.

 

Contoh: Emak selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berbudi bahasa dan bersopan-santun terhadap orang-orang yang lebih tua, kerana `ada persembahan, ada kurnia’ dan jangan bersikap sombong terhadap mereka pula.

 

 

0019: Ada rotan, ada duri.

 

Makna: Dalam kesenangan tentulah ada kesusuhannya.

 

Sama erti: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang tepian. 

 

Contoh: Di dalam kehidupan yang sementara ini, kita hendak sentiasa beringat bahawa di antara kesenangan dan kesusahan itu adalah silih berganti, bak `ada rotan, ada duri’, yang segalanya adalah ujian Allah terhadap makhluknya.

 

 

0020: Ada rupa, ada harga.

 

Makna: Harga barang menurut rupanya.

 

Sama erti: Daripada daun, kenallah pohonnya.

 

Contoh: Noriza telah dipinang dengan mas kahwin yang mahal kerana beliau adalah di antara gadis yang cantik sekali di kampung itu, bak kata orang `ada rupa, ada harga’.     

 

 

0021: Ada sampan hendak berenang.

 

Makna: Sengaja bersusah payah.

 

Sama erti: 1. Bagai buluh ditarik songsang.  2.  Anak badak dihambat-hambat. 3.  Beranak tak berbidan.  4.  Menjerat leher sendiri. 5.  Mendukung biawak hidup. 6.  Tiada beban, batu digalas.  7.  Tahan jerat, songsang kepala.

 

Contoh: Hassan telah dimarahi oleh majikannya kerana membuat kerja yang disuruh secara yang sukar, bak `ada sampan hendak berenang’.  Ini melambatkan kerja yang dibuatkannya.

 

 

0022: Ada seperti tampaknya apung-apung.

 

Makna: Barang yang dihajati telah ada, tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.

 

Sama erti: 1.  Biduk ada, pengayuh tiada. 2. Hajat hari nak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai.

 

Contoh: Zaidi berada di dalam keadaan `ada seperti tampaknya apung-apung’ apabila dia bercita-cita ingin meminang anak Encik Abdullah, tetapi belum mencukupi simpanan wangnya.

 

 

0023: Ada sirih hendak makan sepah.

 

Makna: Ada yang baik, hendakkan yang buruk.

 

Sama erti: Tiada.

 

Contoh: Encik Haris telah mempunyai kereta baru yang cantik, tetapi masih berkeinginan untuk membeli kereta lama yang buruk itu.  Sikap Encik Harith ini bagaikan `ada sirih, hendak makan sepah’.

 

 

0024: Ada tangga hendak memanjat tiang.

 

Makna: Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan.

 

Sama erti: 1.  Belum beranak, berbisan dahulu. 2.  Belum duduk, sudah berlunjur. 3.  Belum beranak, sudah ditimang.  4.  Dahulu disorak, kemudian ditolak.

 

Contoh: Tukang kebun itu telah dimarahi oleh tuannya kerana bekerja dengan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh tuannnya, lalu dianggap `ada tangga, hendak memanjat tiang’.    

  

 

0025: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.

 

Makna: Perbuatan jahat itu sewaktu-waktunya akan mendapat balasan juga.  Aspek-aspek di dalam perbincangan ini, seperti versi lain, sinonim, antonim, ulasan peribahasa  dan ayat yang menggunakan peribahasa adalah sama seperti di dalam perbincangan di atas.

 

Sama erti:

 

Contoh: 

 

 

0026: Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.

 

Makna: Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya.

 

Sama erti: Kalau baik disebut baik, kalau jahat, jahatlah.

 

Contoh: Ketua kampung itu telah mengingatkan anak-anak buahnya agar jangan bertindak keterlaluan di kehidupan bermasyarakat kerana `ada ubi ada talas, ada budi ada balas’.

 

 

0027: Ada udang di balik batu.

 

Makna: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.

 

Sama erti: 1. Masak di luar, mentah di dalam.  2.  Berlurah di balik pendakian. 3.  Dalam kilat ada kilau.

 

Contoh: Lelaki yang datang pada waktu senja ke rumah Tuan Haji Hashim agak mencurigakan kerana daripada tindak tanduknya seolah-olah `ada udang di balik batu’.

 

     

0028: Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

 

Makna: Tiap-tiap sesuatu itu ada pasangannya.

 

lihat 0013

 

 

0034: Ada umur, ada rezeki.

 

Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

 

Aspek-aspek lain di dalam perbincangan mengenai peribahasa ini adalah sama dengan perbincangan yang telah  dibuat pada peribahasa di atas (No. 11).

 

Sama erti:

 

Contoh: 

 

 

0035: Ada wang abang sayang, tak ada wang abang payah.

 

Makna: Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

 

Sama erti: 1. Ada wang abang sayang, tak ada wang  abang melayang.  2.  Hidung dicium, pipi digigit.

 

Contoh: Puan Aziah dituduh sanggup menjadi isteri muda Encik Zainal semata-mata kerana suaminya itu seorang yang kaya. Perkahwinan itu hanya akan kekal selagi Encik Zainal kaya kerana bagi Puan Aziah `ada wang abang saya, tak ada wang abang payah’.

 

 

0036: Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

 

Makna: Kasih sayang hanya kerana memandang harta-benda.

                          

Aspek-aspek  lain di dalam perbincangan ini seperti aspek sinonim, antonim, ulasan peribahasa dan ayat yang  menggunakan peribahasa ini, adalah sama seperti di dalam  perbincangan mengenai peribahasa di atas (nombor 35).

 

 

0037: Adakah buaya menolak bangkai?

 

Makna: Seorang jahat  tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

 

Sama erti: 1.  Apa lagi ular sawa berkehendak ayamlah.  2.  Baung tidak menolak seluang.

 

Contoh: Sebagai seorang bekas banduan akibat  kegiatan jenayah, Encik Mid pasti akan terus melakukan  lagi kegiatan jenayah selepas dibebaskan kerana `adakah  buaya menolak bangkai’.

 

 

0038: Adakah duri dipertajam?

 

Makna: Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan.

 

Sama erti: 1.  Buang bunga ke jirat.  2.  Bagai mencurah air ke daun  keladi.  3.  Itik diajar berenang. 4.  Batu direbus tak akan empuk. 5.  Menabur benih di atas batu. 6.  Membuang garam ke laut. 7.  Memberi laut kepada orang membantal.  8.  Seperti hujan jatuh ke pasar.

9. Bagai melepaskan anjing tersepit.

 

Contoh: Cikgu Hashim sering memberikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya agar berhati-hati ketika  memberikan sebarang bantuan, baik yang berupa wang,  tenaga, ilmu ataupun nasihat kalau tidak diperlukan  kerana `apakah duri dipertajamkan’.

 

 

0039: Adapun kata ada pangkalnya.

     

Makna: Tiap-tiap suatu itu ada asal-usulnya.

 

Sama erti: 1.  Daripada daun, kenallah  pohonnya. 2.  Daripada buah, kenallah  pokoknya.  3.  Usul menunjukkan asal.

 

Contoh: Kewujudan sesuatu benda atau kejadian  di dalam dunia ini pasti mempunyai asal usul kejadiannya.   Adalah mustahil sesuatu  itu bersifat sedia ada, tanpa  permulaannya, kerana `adapun kata, ada pangkalnya’.

 

 

0037: Adakah buaya menolak bangkai?

 

Makna: Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

 

Sama erti: 1.  Apa lagi ular sawa berkehendak ayamlah.  2  Baung tidak menolak seluang.

 

Contoh: Sebagai seorang bekas banduan akibat  kegiatan jenayah, Encik Mid pasti akan terus melakukan  lagi kegiatan jenayah selepas dibebaskan kerana `adakah  buaya menolak bangkai’.

 

 

0038: Adakah duri dipertajam?

 

Makna: Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh  tidak perlu diberi pertolongan.

 

Sama erti: 1.  Buang bunga ke jirat.  2.  Bagai mencurah air ke daun  keladi.  3.  Itik diajar berenang. 4.  Batu direbus tak akan empuk. 5.  Menabur benih di atas batu. 6.  Membuang garam ke laut. 7.  Memberi laut kepada orang membantal.  8.  Seperti hujan jatuh ke pasar. 9.Bagai melepaskan anjing tersepit.

 

Contoh: Cikgu Hashim sering memberikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya agar berhati-hati ketika  memberikan sebarang bantuan, baik yang berupa wang,  tenaga, ilmu ataupun nasihat kalau tidak diperlukan  kerana `apakah duri dipertajamkan’.

 

 

0039: Adapun kata ada pangkalnya.

     

Makna: Tiap-tiap suatu itu ada asal-usulnya.

 

Sama erti: 1.  Daripada daun, kenallah  pohonnya. 2.  Daripada buah, kenallah  pokoknya.  3.  Usul menunjukkan asal.

 

Contoh: Kewujudan sesuatu benda atau kejadian  di dalam dunia ini pasti mempunyai asal usul kejadiannya.   Adalah mustahil sesuatu itu bersifat sedia ada, tanpa  permulaannya, kerana `adapun kata, ada pangkalnya’.

 

 

0040: Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh:

 

 

0041: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.

 

Makna: Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.

 

Sama erti: 1.  Air orang disauk, ranting orang  dipatah, adat orang diturut.  2.  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.  3.  Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang

kerbau  menguak.  4.  Adat yang kawi, syarak yang  lazim.

 

Contoh: Setiap orang apabila merantau ke negeri orang, hendaklah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat di situ, iaitu dari segi resam kehidupannya, kerana `adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.

 

 

0042: Adat bernegeri memagar negeri; ada berkampung  memagar kampung.

 

Makna: Tidak mementingkan diri sendiri.

 

Sama erti: 1.  Seperti sumbu pelita membakar diri menerangi yang lain.

 

Contoh: Ketua kampung itu sentiasa bertungkus lumus memikir dan berusaha untuk memajukan taraf  kehidupan anak-anak buahnya tanpa sebarang kepentingan untuk diri sendiri, kerana dirinya itu bagaikan `ada  bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung’.

 

 

0043: Adat bertentu, bilang beratur.

 

Makna: Segala pekerjaan harus dilakukan menurut peraturan yang sudah ada.

 

Sama erti: 1.  Adat diisi, lembaga dituang. 2.  Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. 3.  Berbilang dari satu, mengaji dari alif.

 

 

Contoh: Kementerian Pelajaran telah menetapkan beberapa peraturan untuk dikuatkuasakan di sekolah menengah untuk membendung masalah disiplin yang semakin ketara sekarang.  Maka setiap pelajar dikehendaki mematuhinya agar tidak menerima hukuman, kerana `adat bertentu, bilang beratur’.

 

 

0044: Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.

 

Makna: Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal-usul adat itu supaya terhindar dari kekeliruan dan salah faham.

 

Sama erti: 1.  Masuk kandang kambin mengembek, masuk kandang lembu menguak  2.  Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.

 

Contoh: Demi perpaduan negara, setiap rakyat seharusnya mengenali dan memahami adat resam kaum yang lain agar tidak timbul sebarang kekeliruan, kerana `adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat’.

 

 

0045: Adat diisi, janji dilabuh.

 

Makna: Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.

 

Sama erti: 1.  Kata itu kota.  2.  Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada kata  janji. 3.  Biar mati anak, jangan mati adat.

 

Contoh: Setiap anak-anak muda wajar sekali mengenali dan mengamali adat budaya bangsa mereka yang  diwarisi daripada nenek moyang mereka, di samping bersikap jujur terhadap sebarang janji kerana `adat diisi, janji dilabuh’, demi mempertahankan maruah bangsanya.

 

 

0046: Adat diisi, tembaga dituang.

 

Makna: Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang diadatkan.

 

Sama erti: 1.  Adat bertentu, bilangan  beratur. 2.  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.  3.  Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

 

Contoh: Perbuatan membuang kasut ketika menziarahi rumah orang-orang Melyu adalah tindakan menuruti adat masyarakatnya, kerana `adat diisi, lembaga dituang’.

 

 

0047: Adat dipakai baru, kain dipakat usang.

 

Makna: Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu, maka barulah tampaknya.

 

Sama erti:1. Dek suka berkapuh ijuk, nan adat dituruti.  2. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

 

Contoh: Setiap anggota masyarakat seharusnya mengamali segala adat warisan bangsa yang baik, demi  meningkat darjat seseorang anggota masyarakat, di samping keseluruhan masyarakatnya, kerana ‘adat dipakai baru, kain dipakai usang’.

 

 

0048: Adat dunia balas membalas, syariat palu memalu.

 

Makna: Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.

 

Sama erti: 1.  Wangi bak bunga, busuk bak tahi. 2.  Ringan sama dijinjing, berat  sama dipikul.  3.  Seperti aur dengan tebing.

 

Contoh: Di dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah bersikap bertolak ansur dan bantu membantu, kerana segala perbuatan kita pasti menerima balasan ataupun ganjaran, sebagai mana `adat dunia balas membalas, syariat palu memalu’.

 

 

0049: Adat gajah terdorong.

 

Makna: Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya.

 

Sama erti: 1.  Harap pagar, pagar yang makan padi. 2. Umpama pisau di tangan kanan, mentinum di tangan kiri. 3.  Apa kata kukur, nyiur juga yang binasa.  4.  Anak-anak kecil menjadi makan ikan-ikan besar.

 

Contoh: Presiden Soekarno pada asalnya adalah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia yang bercita-cita  ingin meninggikan taraf hidup rakyatnya.  Namun apabila beliau berkuasa, beliau telah menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri, bagaikan `adat gajah terdorong’ pula jadinya’.

 

 

0050: Adat juara kalah memang.

 

Makna: Tiap-tiap usaha ada laba ruginya.

 

Sama erti: 1.  Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga. 2.  Belum cuba, belum tahu.

 

Contoh: Walaupun pasukan bolasepak negara adalah merupakan bekas johan Pestabola Merdeka dan menerima pula latihan di luar negeri, namun di dalam pertandingan pada tahun ini, mereka telah tewas dengan teruk sekali, kerana `adat juara kalan menang.

 

 

0051: Adat lama pusaka usang.

 

Makna: Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman.

 

Sama erti: 1.  Dianjak layu, dibubut (dianggur) mati. 2.  Asal ayam hendak lesung, asal itik hendak ke perlimbahan. 3.  Diasak (pindah) layu, dicabut mati.  

 

Contoh: Amalan membuangkan kasut ketika memasuki ke dalam rumah, adalah `adat lama pusaka usang’ di kalangan orang-orang Melayu, yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman.

 

 

0052: Adat lurah timbunan sarap.

 

Makna: Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.

 

Sama erti: 1.  Adat teluk, timbunan kapal.  2.  Adat gunung, tempatan kabut.  3.  Busut juga yang ditimbuni anai-anai.

 

Contoh: Adli telah dilantik menjadi pegawai daerah yang baru di kawasan itu, dan kini dia sering menerima  cemuhan daripada masyarakat di situ kerana `adat lurah timbunan sarap’.

 

 

0053: Adat memakai, syarak mengata.

 

Makna: Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna  dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.

 

Sama erti: 1.  Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.  2. Biar mati anak, jangan mati adat.

 

Contoh: Adat mandi safar yang dahulunya sering diadakan di negeri Melaka, tidak lagi diamalkan kerana tidak sesuai dengan suasana masa sekarang, akibat `adat memakai, syarak mengata’.

 

 

0054: Adat muda menanggung rindu.

 

Makna: Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dsb).

 

Sama erti: 1.  Minum air, serasa duri.

 

Contoh: Sejak kekasihnya melanjutkan pelajaran ke seberang laut, Ahmad sentiasa sahaja termenung kerana`adat muda menanggung rindu’.

 

 

0055: Ada orang mengail, kalau ikan terlepas, tentulah besar.

 

Makna: Usaha yang besar, kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu.

 

Sama erti:       

 

Contoh: Sungguhpun projek yang dijalankan oleh Pak Saad gagal, tetapi dia tidak sedikit pun merasa malu kerana `adat orang mengail, kalau ikan terlepas, tentulah besar’.

 

 

0056: Adat pasang berturun naik.

 

Makna: Apa juapun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.

 

Sama erti: Zaman beralih, musim bertukar.

 

Contoh: Allah menciptakan segala makhluknya di dalam keadaan yang sementara dan sifatnya tidaklah kekal, bagalkan `adat pasang berturn naik’.

 

 

0057: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.

 

Makna: Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh dilonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.

 

Sama erti:

 

Contoh: Upacara peminangan di dalam masyarakat sekarang boleh dijalankan sama ada menurut adat ataupun tidak, tetapi amalan mengerjakan sembahyang mestilah mengikut hukum yang telah ditentukan, kerana `adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah’.

 

 

0058: Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.

 

Makna: Tiap-tiap usahan memerlukan ketabahan dan kerajinan.

 

Sama erti: 1.  Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat  2. Alang-alang mandi biar basah.  3. Kalau tidak dipecah ruyung, di manakan dapat sagunya.  4.  Tinggi  disusupi, rendah dilangkahi.

 

Contoh: Perdana Menteri telah menyeru rakyat agar tekun berusaha demi meningkatkan lagi penghasilan negara kerana `adat periuk berkerak, adat lesung berdedak’.   

 

 

0059:  Adat pulau limburan pasang.

 

Makna:

 

Sama erti: 1.  Hidup bagai aur dengan tebing. 

 

Contoh: Kalau kita ingin hidup dengan penuh keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat yang  berbilangan bangsa dan agama ini, perlulah antara kita saling membantu dan saling memerlukan antara satu sama lain supaya sikap bekerjasama dapat dikekalkan

bagaikan adat pulau limburan pasang.

 

 

0060: Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.

  

Makna:

 

Sama erti: Hidup ditanggung adat.

 

Contoh: Untuk menjalani kehidupan dengan penuh sempurna dan dapat diterima oleh  masyarakat, seharusnyalah kita sentiasa berpegang kepada adat yang ada kerana dalam kehidupan kita bagaikan `adat sepanjang  jalan, cupak sepanjang betung’.

 

 

0061: Adat teluk timbunan kapal.

 

Makna:

 

Sama erti: Adat muda menanggung rindu.

 

Contoh: Ramli semestinya menasihatkan anaknya yang sentiasa bermenung setelah tidak dapat menjawab soalan dalam ujian persekolahannya kerana sudah adat teluk timbunan kapal.

 

 

0062: Adat tua menahan ragam.

 

Makna:

 

Sama erti: Adat tua penuh sabar didada.

 

Contoh: Pak Mat terpaksa menderita dengan  perangai anak-anaknya yang tidak menyenangkan hatinya  kerana banyak yang melanggar kesopanan dalam keadaan  `adat tuan menahan ragam’.

 

 

0063: Adat yang kawi, syarak yang lazim.

 

Makna :

 

Sama erti: Adat yang berdiri, syarak yang  berlari.

 

Contoh: Seseorang yang hidup dalam masyarakat Melayu dan Islam mempunyai adat yang tersendiri seperti  semasa makan, berkunjung ke rumah jiran dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama ia juga tertakluk kepada  undang-undang syarak yang dilaksanakan kerana `adat yang  kawi, syarak yang lazim’.

 

 

0064: Adat yang menurun, syarak yang mendaki.

 

Makna:

 

Sama erti: Adat di bawah syarak di atas.

 

Contoh: Sebagai seorang yang ingin berjaya dalam menghadapi sebarang kemungkinan, seharusnya ia tidak hanya bergantung kepada adat sahaja kerana `adat yang menurun, syarak yang mendaki’ yang sanggup menghadapi serba kemungkinan.

 

 

0065: Agak-agak bertutur malam hari.

 

Makna:

 

Sama erti: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

 

Contoh: Seseorang yang menjadi ahli pembahas ketika berhujah mestilah berhati-hati kerana bila  tersilap bercakap, akan digunakan balik sebagai hujahnya, maka kata-katanya tak ubah seperti `agak-agak bertutur  malam hari’.

 

 

0066: Agak lebih dari agih.

 

Makna:

 

Sama erti: Ayam bertelur sebiji riuh sekampung.  

 

Contoh: Seseorang yang selalu bercakap walaupun tidak diminta dan tidak berkenaan biasanya tidak dipercayai oleh orang lain kerana hanyalah `agak lebih dari agih’.

 

 

0067: Agih-agih kungkang.

 

Makna:

 

Sama erti: Seperti lilin membakar diri.

 

Contoh: Sebagai seorang ibu, Ramlah rela berkorban apa saja untuk kebaikan anaknya sehingga kadang-kadang beliau tidak tidur malam dan pengorbanan ini bagi agih-agih kungkang.

 

 

0068: Agung susut, pengah masih.

 

Makna:

 

Samaerti: Tiang pandak hendak menyamai tiang  panjang.

 

Contoh: Ramli yang telah tidak terpilih dalam pilihanraya lepas walupun menang sebelum ini, masih bersuara megah di hadapan orang ramai seperti peribahasa `agung susut pongah masih’.

 

 

0069: Air beriak tanda tak dalam.

 

Makna:

 

Sama erti: Tong berbunyi tandanya kosong.

 

Contoh: Karim selalu menyuarakan kata-katanya bila bersama kawannya tetapi sering tidak diendahkan oleh  mereka kerana kawan-kawannya tahu bahawa air beriak tanda tak dalam.

 

0070: Air besar, batu bersirak.

 

Makna:

 

Sama erti: Angin datang pohon menari, ribut  datang pohon tumbang.

 

Contoh: Rumah tangga aman kini sudah tidak aman dan menjadi berpecah kerana satu perselisihan besar telah  terjadi dan keadaan ini sudah lazim kerana bila `air  besar, batu akan bersibak’.

 

 

0071: Air besar sampan tak hanyut.

 

Makna :

 

Sama erti: Akar  tak berpijak di bumi, pucuk tak sampai ke langit.  

 

Contoh: Halim hampir menjadi gila setelah  segala yang dilakukannya untuk memikat hati Minah tidak  berhasil dan keadaan ini tak ubah seperti `air besar sampan tak hanyut’.

                      

 

0072: Air cucuran atap, jatuhnya ke pelimbahan.

 

Makna :

 

Sama erti: Bagaimanaacuan, begitulah kuihnya.

 

Contoh: Salmiah tidak harus merasa risau kerana kalah dalam pertandingan nyanyian lalu walaupun hasratnya untuk mewarisi akat ibunya kerana `air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahannya’ juga.

 

0073: Air dalam berenang, air dangkal bercebok.

 

Makna :

 

Sama erti: Ukur baju pada badan sendiri.

 

Contoh: Walaupun berpendapatan yang tidak  seberapa, Kamal selalu berbelanja secara berlebih-lebihan  tanpa melihat dirinya yang seharusnya sedar bahawa semasa `air dalam, bolehlah berenang dan bila air dangkal,  hendaklah bercebok’.

 

 

0074: Air dalam karang menonggok, setanggi campur  kemenyan, gula tertumpah pada kanji.

 

Makna:

 

Sama erti: Ringan tulang berat perut.

 

Contoh: Semenjak bertapak dalam usaha  perniaganya dengan usaha yang gigih dan berpenat selalu,  Wan Hamid telah mula bersinar hidupnya seperti `air yang  dalam karang menonggok dan gula tertumpah pada kanji’.

 

 

0075: Air dalam terenang. 

 

Makna:

 

Sama erti:

 

Contoh: Sejak beristeri dengan gadis pujaannya, Nik Aziz mula bahagia dan tenteram kehidupan hariannya tanpa sebarang ganguan dan kehidupannya kini tak ubah seperti `air dalam terenang’.

 

 

0076: Air dicincang tiada putus.

 

Makna :

 

Sama erti: Carik-carik  bulu ayam, lama-lama bercantum kembali.

 

Contoh: Pernah satu ketika, Ashaari bergaduh dengan abang kandungnya tetapi selang beberapa hari, mereka berdua berbaik semula seperti dulunya.

 

 

0077: Air di daun keladi.

 

Makna:

 

Sama erti: Ketam mengajar anaknya berjalan betul.

 

Contoh: Walaupun telah dua tahun Jamhari menasihatkan adiknya yang masih suka mencuri tapi sejak itu juga adiknya itu memekakkan telinga dan segala nasihat Jamhari itu bagai `mencurah air ke daun keladi saja.’

 

 

0078: Air didih menganak sungai.

 

Makna:

 

Sama erti: Manusia mudah lupa daratan.

 

Contoh: Kalau kita ingin membelanjakan pendapatan  kita, seharusnya kita mengingati hari  belakang kerana kalau terlalu ikut hati tentunya kita ingin berbelanja untuk herhibur dengan berlebihan sedangkan kita harus sedar bahawa air didih menganak sungai.

 

 

0079: Air digenggam tiada tiris.

 

Makna:

 

Sama erti:  Ukur baju pada badan sendiri.

 

Contoh: Semenjak Mohad Fadli kecurian wangnya dengan banyak, maka ia mula berjimat dan berhati-hati berbelanja sekadar apa yang patut seperti `air digenggam  tiada tiris’.

 

 

0080: Air diminum sembiluan.

 

Makna:

 

Sama erti: Pecah kapai putus suai.

 

Contoh: Sukriah sudah tidak seperti dulu lagi kerana badannya kini menjadi kurus kering, apa yang  dimakannya tidak seberapa dan `air yang diminum terasa  sembiluan’.

 

 

0081: Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa  sekam.

 

(sama dengan peribahasa `Air diminum sembiluan’)

 

 

0082: Air ditetak tiadakan putus.

 

(sama dengan peribahasa `Air dicencang tiada putus’)

 

 

0083: Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap.

 

(sama dengan No. 72).

 

0084: Air gedang menghanyutkan.

 

Makna:

 

Sama erti: Diam-diam ubi semakin berisi.

 

Contoh: Kamal, kawan Rashidi yang sering  memperli kepadanya kerana sifatnya yang lebih pendiam  berbanding dengan mereka tetapi mereka seharusnya tidak lupa bahawa air gedang menghanyutkan.

 

 

0085: Air jernih, ikannya jinak.

 

Makna:

 

Sama erti: Air tenang, ikan bermain.

 

Contoh: Rakyat Malaysia telah terpuji sebagai  rakyat yang ramah dan cepat mesra dan bertepatan dengan  negeri ini sendiri yang aman dan tak ubah seperti ikan  yang jinak dalam air yang jernih.

 

 

0086:  Air keruh, limbat keluar.

 

Makna:

 

Sama erti: Menangguk di air keruh.

 

Contoh: Peperangan yang tidak berkesudahan di Lubnan telahmenimbulkan keadaan yang tidak aman dan  keacau bilau yang mana keadaan sebegini telah  dieksploitasi sepenuhnya oleh setengah negara asing dengan tindakan seumpama air keruh limbat keluar.

 

 

0087: Air lalu kubangan tohor.

 

Makna:

 

Sama erti: Akar putus, daun pun kering.

 

Contoh: Sebagai seorang yang bekerja makan gaji (gaji bulanan), Shariff yang mempnyai keluarga yang besar  itu terpaksa mencari kerja sambilan kerana duit gajinya bagaikan air lalu kubangan tohor.

 

 

0088: Air laut hijau siapa celup?

 

Makna:

 

Sama erti: Air ada pasang, ada surutnya.

 

Contoh: Kamarulzaman yang besar dan kuat  tenaganya telah insaf setelah ditewaskan oleh seorang  yang lebih kecil daripadanya dalam satu pertandingan  tinju dan beliau kini sedar bahawa sekuat-kuat dirinya tidak dapat juga mewarnakan laut.

 

 

0089: Air mata jatuh ke dalam.

 

Makna:

 

Sama erti: Air mata jatuh ke perut.

 

Contoh: Walaupun selama ini orang hanya melihat Roslina sentiasa riang dan gembira bila bersama, tetapi sebenarnya hatinya selalu sedih dan bila ia menangis, air matanya jatuh ke dalam.

 

 

0090: Air mata jatuh ke perut.

 

(sama dengan peribahasa `Air mata jatuh ke dalam’).

 

 

0091: Air mudik sungai semua telah diranai.

 

Makna:

 

Sama erti: Tidak mengenang pasang dan surut.

 

Contoh: Setelah baru saja mendapat kerja yang tidak seberapa, Mazlan sudah mula pandai menghias dirinya dengan membeli barang-barang yang mahal-mahal dan keadaan dirinya tidak ubah seperti air mudik sungai, semua telah diranai.

 

 

0092: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

 

Makna:

       

Sama erti: Masuk  kandang kambing mengembek, masuk kandung kerbau menguak.

 

Contoh: Sebagai orang baru dalam masyarakat ini, dia hendaklah mempelajari segala peraturan dan  undang-undang yang diamalkan supaya diterima oleh masyarakat tempatan kerana adat kita bagaikan air orang disauk, ranting orang dipatah dan adat orang diturut.

 

 

0093: Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut sentiasa.      

 

Makna:

 

Sama erti: Tidak ombak bergelora sepanjang  masa.

 

Contoh: Usahlah kita bersedih kerana nasib kita hari ini agak malang berbanding dengan orang lain,  mungkin esok kita akan lebih bergembira dari orang lain dan orang yang bergembira hari ini pun tidaklah selamanya  kerana air ada pasang surutnya.

 

 

0094:  Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.

 

Makna:

 

Sama erti: Enggang sama enggang, pipit ke bawah juga.

 

Contoh: Dalam satu perselisihan keluarga, Fauzi cuba memihak kepada salah seorang anggota keluarga itu  tetapi kemasukannya itu tidak ke mana kerana bila keluarga itu baik semula, Fauzi telah tidak dipentingkan lagi kerana perbuatan beliau hanyalah seperti air sama air, sampah ke tepi juga.

 

 

0095: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.

 

Makna:

 

Sama erti: Sedikit hujan banyak yang basah.

 

Contoh: Sikap Maimunah seperti air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan menyebabkannya disisih oleh masyarakatnya sendiri kerana masyarakat sedar bahawa sikapnya itu telah banyak merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat.

 

 

0096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air pasang ia tersangkut.

 

Makna:

 

Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit.

 

Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya  bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tapi bila  pasang, sampah telah tersangkut.

 

 

0097: Air susu dibalas dengan air tuba.

 

Makna:

 

Sama erti: Beri bunga dibalas tahi.

 

Contoh: Zakaria tidak pernah menyangka bahawa Rosli kawannya itu sanggup merampas tunangannya sendiri sedangkan sebelum ini, Zakariah  pernah mengajarkan bagaimana untuk memikat wanita dan ia rasakan perbuatan Rosli seperti air susu dibalas air tuba.

 

 

0098: Air tawar secawan ditunangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya air laut.

 

Makna:

 

Sama erti: Berat mata memandangkan berat lagi bahu memikul.

 

Contoh: Sebagai satu bangsa yang bertamadun dan dapat mengadakan b096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air pasang ia tersangkut.

 

Makna:

 

Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit.

 

Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tapi bila  pasang, sampah telah tersangkut.

 

 

0097: Air susu dibalas dengan air tuba.

 

Makna:

 

Sama erti: Beri bunga dibalas tahi.

 

Contoh: Zakaria tidak pernah menyangka bahawa Rosli kawannya itu sanggup merampas tunangannya sendiri sedangkan sebelum ini, Zakariah pernah mengajarkan bagaimana untuk memikat wanita dan ia rasakan perbuatan Rosli seperti air susu dibalas air tuba.

 

 

0098: Air tawar secawan ditunangkan ke dalam laut, tidak akan dapat menghilangkan masinnya air laut.

 

Makna:

 

Sama erti: Berat mata memandangkan berat lagi  bahu memikul.

 

Contoh: Sebagai satu bangsa yang bertamadun dan dapat mengadakan b096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air  pasang ia tersangkut.

 

Makna:

 

Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit.

 

Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana  pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tapi bila kawannya telah menjadi  senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya  bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tapi bila  pasang, sampah telah tersangkut.

 

 

0097: Air susu dibalas dengan air tuba.

 

Makna:

 

Sama erti: Beri bunga dibalas tahi.

 

Contoh: Zakaria tidak pernah menyangka bahawa Rosli kawannya itu sanggup merampas tunangannya sendiri sedangkan sebelum ini, Zakariah pernah mengajarkan bagaimana untuk memikat wanita dan ia rasakan perbuatan Rosli seperti air susu dibalas air tuba.

 

 

0098: Air tawar secawan ditunangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya air laut.

 

Makna:

 

Sama erti: Berat mata memandangkan berat lagi bahu memikul.

 

Contoh: Sebagai satu bangsa yang bertamadun dan dapat mengadakan b096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air pasang ia tersangkut.

 

Makna:

 

Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit.

 

Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tetapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tetapi bila  pasang, sampah telah tersangkut.

 

0098: Air tawar secawan ditunangkan ke dalam laut,  takkan dapat

menghilangkan masinnya air laut.

 

Makna:

 

Sama erti: Berat mata memandangkan berat lagi  bahu memikul.

 

Contoh: Sebagai satu bangsa yang bertamadun dan dapat mengadakan b096: Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air  pasang ia tersangkut.

 

Makna:

 

Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit.

 

Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tetapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tetapi bila pasang, sampah telah tersangkut.

 

 

free website monitoring Accessories i phone cases wholesale car rental South Africa bet 365 buy Namenda office supplie Canadian pharmacies network Top Irs Payment Online how to remove dark underarms NorthWestPharmacy.com NorthWestPharmacy.com legitimate online pharmacy NorthWest Pharmacy reviews online Canadian pharmacies NorthWest Pharmacy review